Hi guys. Bila anak demam dan selsema, mak-mak confirm susah hati kan. Adam hilang selera makan juga, dalam masa yang sama kena makan untuk ada tenaga nak sembuh. So aku cari resipi dalam group Facebook Happy Baby Foods Malaysia. Untuk anak 6 bulan ke atas, kita tackle bab pemakanan.
Mostly cadangkan singo pear. Khasiat singo pear ni boleh melegakan selsema sebab ia kaya dengan Vitamin C, Vitamin K dan copper. Bagus juga bila anak tengah sembelit. Hat tu pakai pear biasa pun boleh. Aku beli di Aeon Big dan Econsave. Rasanya tak susah nak cari buah ni sebab cukup terkenal dalam kalangan orang Cina.
1. Sup ayam singo pear
Bahan:- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Rempah 4 sekawan/sup bunjut
- Ayam
- Singo pear
- Sayur hijau
Cara-cara:
Tumis bebawang dan rempah sehingga garing dan wangi. Masukkan ayam dan singo pear yang dipotong kecil. Masukkan lada sulah sedikit. Letak air dan reneh sampai masak. Letak daun sup/sayur hijau kalau ada. Boleh hidang bersama nasi, mee atau pasta mengikut selera anak.
2. 'Teh' Herba
Bahan:- Kurma merah
- Longan kering
- Goji berry
- Barli
- Singo pear dipotong dadu
Cara-cara:
Rebus semua bahan di atas di dalam periuk berisi air sehingga empuk dan bertukar warna. Hidang bila dah sejuk. Boleh disimpan di dalam peti ais, sekurang-kurang 3 hari sahaja.
Jika masih tidak sembuh, untuk sementara waktu boleh pantang makanan yang hasilkan lebih banyak hingus seperti produk tenusu, gluten dan makanan berminyak.Bila anak sakit dan fasa selepas sembuh memang kurang selera. Seperti orang dewasa juga, lidah mungkin terasa kering atau pahit. Jadi jangan putus asa untuk bagi anak makan.
Jika anak makan sedikit, kerap offer makanan selang 2-3 jam sekali. Ada juga yang masakkan comfort food anak seperti bubur ala McD. Kalau Adam pula memang suka kentang, jadi aku akan buatkan wedges atau mashed potato. Tak semestinya makan nasi, jagung pun boleh jadi pengganti.
0 Comments