Hi guys. Sekarang ni musim hujan kan, musim sakit juga (influenza). Aku tanya kawan MO bila Adam boleh ambil vaksin influenza, dia bagitahu tunggu 2 tahun nanti. Ambil bulan 6 sebab hujung tahun dah start musimnya.
Baru-baru ni Adam demam dan selsema. Dalam masa yang sama nak tumbuh gigi! Memang sakit la kan. Serentak 2 batang gigi kacip kedua, atas dan bawah nak keluar.
Adam masa newborn senang aku nak bersihkan gigi dia guna silicone brush, hat ni struggle sikit. Maybe gusi tengah tak selesa. Apa lagi memang kena kepit ler, melalak dalam toilet. Sekarang ni pakai berus gigi Jordan dan ubat gigi Kodomo Lion.
Cara kawal demam
Adam demam waktu tu suhu 37.5'C plus plus, tak sampai 38'C lagi. Aku bawa pergi klinik swasta, doktor check paru-paru tak ada apa-apa yang mencurigakan. Dibekalkan dengan paracetamol, ubat selsema dan antibiotik. Tapi aku guna paracetamol sahaja untuk redakan demam. Sambil tu pakai Cool Fever dan tuam badan Adam.
Tuam (tepid sponging) dan mandikan Adam ni sangat penting, sebab nak keluarkan haba tu. Kalau orang tua memang bising sikit pasal hal ni, sebab dia ingat kalau mandi tu sejuk sangat. Kalau nak tuam tu pakai air suhu bilik, mandi pakai air suam. Lepas tu pakai baju loose atau 'belengging' sahaja.
Cara buang hingus
Part selsema ni memang tricky sikit. Adam memang sampai tak boleh tidur dan tantrum sebab hidung tersumbat. 2 hari juga la tidur tak cukup. Caranya memang kena keluarkan hingus tu. Jangan guna mulut pula untuk sedut, lagi bercampur kuman-kuman semua.
0 Comments