Texas Chicken: Mexicana Burger dan Spicy Korean Rice Bowl Memang Pedas Tapi....

Hye guys. Kami makan lagi di Texas Chicken. Kali ni kami cuba menu lain pula. Husband order Mexicana Burger. 
  • Special sebab ada tortilla chips, so crispy 
  • Sos memang pedas, tak enjoy sangat 
  • Ayam memang besar tapi dia kata tak boleh lawan MarryBrown Tower Burger 
  • Roti burger agak kering dan keras 

Texas Mexicana Burger
RM14.90 combo (ayam, tortilla chips, sayur, chedder cheese, spicy mayo), fries, free flow drink Rate 6/10!


Kali ni aku cuba Spicy Korean Rice Bowl. Review aku:
  • Dia bukan kuah sambal (gochujang) tapi lebih kepada soy sauce yang manis-masin-pedas.
  • Ada beberapa potongan ayam kecil, sayur salad dan tomato. 
  • Disebabkan agak masin, kena gaul betul-betul dengan nasi baru ngam.
  • Repeat? No. 

Spicy Korean Rice Bowl
Spicy Korean Rice Bowl RM5.99 Rate 4/10!


Ayam goreng Texas Chicken
Ayam dan honey-butter biscuit penyelamat kali ini. Macam biasa sedap. Best outlet dekat Kluang ni ada tempat makan luar. Jadi mudah kalau bawa Adam makan sekali. Tak sejuk sangat berbanding di dalam. 

 

Apple pie tak dapat tandingi McDonald's.

Mango pudding biasa sahaja, tak beli pun tak apa. Jalapeno bombers makan panas-panas memang sedap. 


Dekat Kluang Mall ni fast food chain yang lain seperti KFC, A&W dan Marrybrown. Selain tu ada Pizza Hut, Chicken Rice Shop, Sushi King, Subway, dan Kenny Rogers. 

Dulu sebelum ada anak, selalu sangat craving sushi dan udang tempura sekarang dah tak rasa nak makan sebab rasa mahal pula. Salmon pun potongan dah jadi makin kecil. Kedai Korea ada Dubuyo dan Mr. Dakgalbi.

Boat Noodle ada juga, tapi husband kata tak berbaloi sebab sikit dia bagi mi! Dulu pernah rasa sebab teruja tengok orang 'stack' mangkuk tinggi-tinggi. Bila kami datang, serving makin sedikit (sekali suap sahaja satu mangkuk RM1.90), meatball/chickenball setengah. Sekarang dah naik RM2.20! Memori manis hanyalah roti kukus cicah kaya pandan. Makan pad thai pun biasa sahaja. 


Texas Honey Butter Biscuit


Ada juga kedai makan biasa di "foodcourt" yang menyajikan pilihan makanan yang murah. Kami selalu pergi My Chili Noodle, banyak pilihan mi dan kuah! Memang tak jemu nak makan apa. Pilihan aku mi tarik dan kuah lada hitam. Husband minat Mee Hoon Kueh sebab arwah mak mertua selalu buat dulu. 


Post a Comment

0 Comments