Nasi Arab Zaituna Restaurant

Macam biasa jalan-jalan ke Johor Bahru cari kedai makanan Arab, kali ni Rin nak kongsikan pengalaman di Zaituna Restaurant. Kali pertama makan pada tahun 2024 dan repeat kali kedua pada tahun ini. 

Zaituna Restaurant 

Alamat: 27, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: 11.00 pagi - 11.00 malam 



Husband pesan Lebanese Kafta iaitu daging cincang yang dicampur rempah lalu dipanggang. Boleh makan dengan roti ataupun nasi, husband pilih nasi mandy. Husband ada komen daging sedikit dry, tapi nasi sedap. 

Rin makan Arayes Meat iaitu roti pita yang disumbat daging cincang yang dimasak bersama bawang putih, tomato dan lada benggala. Makan pula dengan garlic sauce yang disediakan, memang ngam. 


Kali kedua datang, kami nak rasa semua jenis nasi arab jadi kami ambil Dulang Mini 2 pax berharga RM43 yang mengandungi nasi mandy, makloubah dan kabsah. Ada 1/4 ayam dan kambing. 

Sangat berpuas hati dengan pilihan kali ini sebab semua nasi sedap. Kambing lembut dan portion pun banyak. 


Tak lengkap kunjungan ke Zaituna tanpa mencuba manisan kunafa dan baklava mereka. Baklava dekat sini kena dengan selera kami sebab kurang manis, kekacang meriah dan masih rangup. 

Post a Comment

5 Comments

  1. Sedap semuanya!
    Bagus ada set nasi Arab dlm satu dulang macam tu. Boleh rasa semua

    ReplyDelete
  2. Set dulang tu memang menarik betul. 😋

    ReplyDelete
  3. Pernah baca review restoran zaituna ini di blog kak SK. Katanya memang sedap. Kalau nasi arab saya dan suami sukaaa. Tp anak2 tak suka. Jadi kalau nanti nak makan sini, mereka saya suruh stay di hotel saja dulu 🤣.

    ReplyDelete
  4. presentation dia nampak sangatlah sedap sedap...

    ReplyDelete
  5. Macam pernah dengar pulak resto nasi arab zaituna ni. Mungkin ada baca blog blogger lain kot. Porsi nasi arab ni besar, kalau untuk seorang pun dah banyak. Untuk set 2 pax ni pun nampak macam banyak juga. Pernah makan Baklava tapi macam tak kena dengan selera. Kunafa je tak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete