Review Frozen Yogurt Kluang | llaollao & Shugaa

Hye guys. Siapa yang tak biasa makan yogurt mungkin tak akan gemar rasa masamnya, sebab itulah tercipta frozen yogurt dengan pelbagai pilihan topping yang manis (terus jadi tak sihat!) haha. Selain susu, yogurt juga merupakan sumber kalsium dan probiotik yang bagus untuk imuniti dan sistem pencernaan. 

Minuman yogurt macam Vitag*n juga sebenarnya tak sesuai diminum oleh kanak-kanak sebab kandungan gulanya agak tinggi. Jika berniat untuk diet (amalan pemakanan sihat), boleh pilih yogurt asli tanpa perisa tambahan seperti dari keluaran Farm Fresh atau Greek yogurt. Elakkan pilih Fat-free yogurt sebab gulanya juga agak tinggi. 

Masa aku belajar di India dulu, minuman yogurt yang popular di sana dipanggil lassi. Selalunya yogurt akan dikisar bersama buah-buahan (paling sedap mangga) dan dihidang sejuk, seakan-akan milkshake. Yogurt juga dicampur bersama timun dan tomato cincang, dikenali sebagai raita sebagai hidangan sampingan bersama nasi briyani. 

Sekarang ni aku nak review dan bandingkan pasal frozen yogurt llaollao yang baru dibuka di Kluang Mall dan lokal kedai frozen yogurt di Taman Makmur.

llaollao Kluang Mall

Disebut "Yao Yao", frozen yogurt dari Spanish ni dibekukan pada suhu 5'C. Aku tertarik nak rasa llaollao sebab nampak sudu hijau tu sangat menarik dari jauh. 

review frozen yogurt llao llao
Kali pertama beli, aku pilih saiz Medium berharga RM16.45 dapat 3 pilihan toppings. Masalahnya aku acah-acah nak sihat pergi pilih muesli dan buah strawberry MASAM. Nasib baik sos hazelnut chocolate dapat cover, sedap sikit. Rate 4/10! 

review frozen yogurt llao llao
Kali kedua datang, aku belajar dari kesilapan. Aku pilih Oreo, mangga dan sos Biscoff. Yang ni ngam, cuma mangga ada yang muda nasib baik tak masam sangat. Lemak biscoff memang kena dengan masam yogurt. Rate 9/10!

Antara yang popular memang sos Biscoff dan Chocorock. Pistachio diorang kata sedap tapi aku tak pasti outlet Kluang Mall dah ada atau tak. Pilihan sos buah-buahan juga ada seperti mangga. 

3 toppings ni tak semestinya kategori yang berbeza, ada yang nak sos lebih memang tak ambil crunches/gula-gula atau buah. Ikut selera dan poket masing-masing, nak lebih kena bayar RM1.50 setiap tambahan topping. Hari terbaik untuk datang cuba llaollao of course hari RABU. Rabu minggu ketiga paling berbaloi sebab diskaun sampai 33%!



Shugaa Frozen Yogurt 

No 18,Tingkat bawah, Jln Cengkih, Taman Makmur, 86000 Kluang, Johor (SUDAH DITUTUP)

Pilihan lokal yang lebih murah pastinya daripada Shugaa Frozen Yogurt. Untuk pilihan yang sama seperti di atas hanyalah berharga RM12.90. Berbanding llaollao, Shugaa tak banyak pilihan buah dan sos, tapi endless choice untuk biskut dan gula-gula. 

Sos yang Shugaa sediakan sangat unik seperti Matcha Greentea dan Coffee Mocha. Bagi yang tak minat frozen yogurt, mereka ada sediakan aiskrim juga seperti perisa soya. Menu sos dan aiskrim mereka berubah setiap minggu.

review frozen yogurt shugaa kluang
Aku dah rasa Lotus Biscoff Edition berharga RM13.90 ni, tengah-tengah ada crunchy cornflakes. Honestly, llaollao lebih smooth dan creamy. Tapi Shugaa masih enjoyable dengan harga yang berpatutan. Rate 7/10!

review frozen yogurt shugaa kluang
12oz RM8.90, topping chocomaltine memang sedap! Strawberry jangan expect tinggi sangat, memang masam. Rate 8/10!

review frozen yogurt shugaa kluang murah
Ada 3 pilihan saiz.

review frozen yogurt shugaa kluang
Masa ni mangga dah habis tinggal dragonfruit sahaja. 

review frozen yogurt shugaa kluang
Banyak pilihan biskut dan gula-gula, rambang mata!

Kalau anak-anak excited nak makan llaollao, rasa yang kecil/share dahulu ataupun pergi je Shugaa sebab murah. Sebab husband aku pernah cerita masa zaman Tutti Frutti tengah popular dulu ada orang terkena sampai beratus ringgit sebab bawa satu keluarga makan situ. Lastly semua tak habis makan sebab masam terutamanya orang tua. 

Kalau makan Tutti Frutti memang akan terkejut sebab guna konsep timbang. Tak jelas harga kalau ralit ambil semua topping. First time aku makan Tutti Frutti masa zaman belajar di Banting. Tak pasti outlet mana, tapi seingat aku RM20+ kena bayar haha.

Post a Comment

2 Comments

  1. pernah makan dua kali je llao llao. haha. nak kena repeat perisa lain pulak lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sama nak repeat, tapi best datang hari rabu ada diskaun! Haha

      Delete