Selain sofuto Family Mart, seleksi aiskrim Jepun mereka tidak kurang hebat juga. Walaupun sedikit mahal dalam lingkungan harga RM6-7, rasanya tidak mengecewakan bagi penggemar aiskrim.
Untuk status Halal, aku ada refer beberapa blog penulis yang mahir Bahasa Jepun dan mereka dah translate bahan-bahan dalam aiskrim. Ada juga rujukan dari website rasmi dan beberapa syarikat aiskrim based dekat Malaysia.
Aiskrim Halal Family Mart
1. Meiji Chocolate
Rasa coklat pada aku sederhana sahaja tak rich sangat lebih kepada manis dan ada serpihan coklat dalam aiskrim.
Aku kenal aiskrim ni dari Youtube Slice and Rice masa mereka buat challenge aiskrim Korea. Rasa melon kuat dan sangat sedap. Binggrae sebelum ni memang famous dengan banana milk jadi tak hairanlah produk mereka berkualiti.
Waffle ikan ni memang famous dekat Jepun dan mereka jadikan aiskrim pula. Rasa not bad sebab waffle tak soggy sangat dan ada inti red bean. Teringat aiskrim keladi kepit waffle masa kecil-kecil dulu.
Aku kadang-kadang kalau craving mochi memang cari aiskrim ni. Mochi ni famous sebab 'Q taste' iaitu sensasi kenyal-kenyal macam kita kunyah boba. Jepun memang tak lari dari red bean, semua dessert dia nak letak.
4 Comments
sedap eskem jepun nih., hehe
ReplyDeletesalam ramadhan
Salam Ramadan Wak Lat
Deletebelum try yg ni semua...selalu beli yg sofuto..
ReplyDeleteBoleh try nanti. Dekat myNews pun ada dah sekarang
Delete