Hari ni aku nak review tentang frozen yogurt llaollao. Siapa yang tak biasa makan yogurt mungkin tak akan gemar rasa masamnya, sebab itulah tercipta frozen yogurt dengan pelbagai pilihan topping.
Selain susu, yogurt juga merupakan sumber kalsium dan probiotik yang bagus untuk imuniti dan sistem pencernaan. Yogurt juga tergolong dalam kumpulan makanan rendah Index Glisemik iaitu 35.
Minuman yogurt macam Vitag*n juga sebenarnya tak sesuai diminum oleh kanak-kanak sebab kandungan gulanya agak tinggi. Jika berniat untuk diet (amalan pemakanan sihat), boleh pilih yogurt asli tanpa perisa tambahan seperti dari keluaran Farm Fresh atau Greek yogurt. Elakkan pilih Fat-free yogurt sebab gulanya juga agak tinggi.
Masa aku belajar di India dulu, minuman yogurt yang popular di sana dipanggil lassi. Selalunya yogurt akan dikisar bersama buah-buahan (paling sedap mangga) dan dihidang sejuk, seakan-akan milkshake.
Yogurt juga dicampur bersama timun dan tomato cincang, dikenali sebagai raita sebagai hidangan sampingan bersama nasi briyani.
Sekarang ni aku nak review dan bandingkan pasal frozen yogurt llaollao yang baru dibuka di Kluang Mall dan lokal kedai frozen yogurt di Taman Makmur.
Baca juga:
Review Frozen Yogurt
llaollao Kluang Mall
Disebut "Yao Yao", frozen yogurt dari Spanish ni dibekukan pada suhu 5'C. Aku tertarik nak rasa llaollao sebab nampak sudu hijau tu sangat menarik dari jauh.
Harga llaollao
Shugaa Frozen Yogurt
Waktu operasi: 2.00 petang hingga 10.00 malam
Pilihan lokal yang lebih murah pastinya daripada Shugaa Frozen Yogurt. Untuk pilihan yang sama seperti di atas hanyalah berharga RM12.90.
Berbanding llaollao, Shugaa tak banyak pilihan buah dan sos, tapi endless choice untuk biskut dan gula-gula. Sos yang Shugaa sediakan sangat unik seperti Matcha Greentea dan Coffee Mocha.
Bagi yang tak minat frozen yogurt, mereka ada sediakan aiskrim juga seperti perisa soya. Menu sos dan aiskrim mereka berubah setiap minggu.
Aku dah rasa Lotus Biscoff Edition berharga RM13.90 ni, tengah-tengah ada crunchy cornflakes. Honestly, llaollao lebih smooth dan creamy. Tapi Shugaa masih enjoyable dengan harga yang berpatutan. Rate 7/10!
2 Comments
pernah makan dua kali je llao llao. haha. nak kena repeat perisa lain pulak lah
ReplyDeleteYe sama nak repeat, tapi best datang hari rabu ada diskaun! Haha
Delete