Portuguese atau German Egg Tart Yang Sedap?

Hye guys. Kalau korang nak tahu, aku ada satu pe'el taw. Contoh kalau aku craving takoyaki, aku akan cari semua gerai yang jual takoyaki dan beli sampai craving aku hilang. Sekurang-kurangnya seminggu la.

Lagi-lagi kalau dapat takoyaki yang tak best, isi secoet, tepung tawar, topping masin - memang aku akan cari kedai yang the best sampai dapat. Lepas tu, lamaaa baru repeat makan balik. Perkara ni pernah berlaku juga masa musim Korean garlic bread hehe.

Sekarang ni aku suka makan egg tart! Misi aku adalah untuk cuba egg tart di semua bakeri di Kluang. 


Baker's Cottage 

Actually first time aku rasa Portuguese Egg Tart masa dekat Melaka. Beli di Baker's Cottage dekat Freeport A'Famosa Outlet . Sedap weh. Lama aku mengidam sampailah Baker's Cottage buka cawangan di Kluang pada July 2020, 2 outlet masuk. Satu di Versis Boulevard, satu lagi di Taman Intan. 


Tapi kualiti dah tak sama. Bukan sekadar rasa, nak keluarkan dari acuan dia pun susah. Alahai.. pastry puff dia lekat. Takkan nak makan pakai sudu. Marah ni.

Cuma ayam golek Baker's Cottage memang murah dan sedap, seekor RM12.99 sahaja. 

Yumido Pastry House 

Aku beli Portuguese Egg Tart dan German Egg Tart di Yumido Pastry House berdekatan Versis Boulevard. 

Portuguese Egg Tart ni best makan panas-panas sebab pastry masih rangup dan flaky, tapi jarang dapat yang fresh kan. Kali ni nasib baik puff pastry dia tak lekat.

Berbanding Portuguese yang menggunakan puff pastry, German Egg Tart menggunakan cookie shell. Aku suka style ni, kalau boleh shell tu jangan tebal sangat dan sedikit rangup. Ngam sangat dengan isian telur kastard yang lembut dan manis. 


 



Post a Comment

0 Comments