Hye guys. Selalu FYP (for your page) kan kalau resipi masak-masak dekat Tiktok. Actually first time aku dengar crab rangoon ni. Tapi memandangkan aku dah pernah buat dumpling sendiri sebelum ni, boleh tahan senang juga la resipinya.
Resipi Crab Rangoon
250g Tatura Cream Cheese
10 batang crabstick
1 batang daun bawang
2 ulas bawang putih
1 tbsp minyak bijan
1 tbsp mayonis
Lada sulah
Sepeket kulit wanton
Caranya:
1. Cincang crab stick. Potong halus daun bawang dan cincang bawang putih.
2. Campur dengan cream cheese (suhu bilik). Letak minyak bijan dan lada sulah secukupnya. Gaul sebati.
3. Ambil kulit wanton dan sapu air dikeliling perimeter sebagai gam dan letak sedikit inti. Lipat dengan menarik bucu dari arah bertentangan. Kemaskan takut inti terkeluar nanti.
4. Sedia digoreng dengan minyak sederhana panas hingga keperangan garing.
Overall...
Sedap dicicah sedikit sos cili pedas sebab cream cheese agak muak. Jadi memang kena goreng garing. Baru sedap.
Penambahbaikan, boleh letak lebih lada sulah, paprika atau serbuk cili untuk lebih umphh.. Eh suka hati aku je tukar resipi hehe.
Kulit wanton ada kira-kira 50 keping dan inti tinggal lagi sikit sahaja. Kalau letak betul-betul mungkin ngam. Jangan kedekut inti.
0 Comments