Review McDonald's Cheesy McShaker Fries dan hadiah Happy Meal

Tahun ni McDonald's keluarkan McShaker Fries perisa Cheese! Sebelum ni mereka ada keluarkan Spicy dan Smoky BBQ juga. Masa belajar dekat India dulu, aku tak makan McDonald's kat sana sebab ayam dia from unknown resource kecuali KFC sebab memang dia ambil dari halal-certified kedai ayam. Famous dekat sana McShaker Piri piri dan Onion & Cream. Satu lagi aku suka order Potato Lovers dari Snack Shack. Kentang goreng disalut dengan sambal manis-manis pedas, sedap makan masa panas-panas. Addictive!

Cheesy McShaker Fries 

Beli mana-mana meal set dan upgrade fries jadi McShaker dengan hanya tambah RM1. Rasa dia... not bad! Husband request fresh fries tanpa garam supaya tak overseasoning, takut rasa masin sangat pula nanti. I guess kids will love this cheesy flavour! Rate 8/10!



Happy Meal 

Sepanjang Februari hingga Mac ni, hadiah Happy Meal best taw. Ty Teenie Beanie Boo's dan Tomica Town. This is my collection! Aku dah ada Louie dan Ming untuk musim kali ni. Husband pula dah kumpul Tomica Fire Station dan Police Station. Mcdonald's akan start mainan baru setiap hari Khamis.

Aku suka toys dari Ty Beanie Boo's ni sebab mata dia comel sangat. Satu lagi senang nak bawa travel bila keluar dengan Adam. Selalunya kalau makan di luar akan bagi Adam main Hotwheels, toys kecil macam dinosaur atau Ty Beanie Boo's ni. Untuk storytelling pun best pakai Ty Beanie Boo's, kenalkan nama haiwan dan buat bunyi-bunyi. Confirm budak-budak suka, lagi-lagi dia ada bagi trivia dekat setiap tag contohnya birthday, karakter haiwan dan habitat.


Koleksi Tomica Town boleh cantum bangunan.

Koleksi terkini tahun 2022

Koleksi tahun 2018 

Sempat lagi nak start kumpul. Lagipun ramai reseller di Shopee in case terlepas musim sebelum ni, tapi harga dah lain la hehe...

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu