Review Tealive Pink Guava with Roselle Jelly

Salam Ramadan semua. Dapat Tealive masa berbuka atau moreh mesti syok kan. Bulan lepas mereka keluarkan siri terbaru iaitu Pink Guava with Roselle Jelly. 

Pink guava ni memang jarang jumpa, selalu beli jambu batu je di Aeon Big. Jadi aku cuba ingat balik macam mana rasa pink guava. Rasa dia macam gula-gula Fruit Plus ni! 

Satu lagi bahan iaitu roselle. Aku terkeliru roselle dengan sirap ros. Jadi aku google beza dua air ni.  Memang jauh beza, roselle ni adalah pati dari pokok Hibiscus sabdariffa yang kaya dengan antioxidan dan vitamin. Manakala sirap ros dibuat daripada gabungan pandan, esen ros dan gula. Kebanyakan isi kandungan kordial sirap menggunakan perisa tiruan sahaja. 

Tealive Pink Guava with Roselle Jelly

Pink Guava Milkshake RM10.30

Kali ini aku rasa 1 jenis sahaja. Kalau tak minat susu boleh beli Sparkling Pink Guava Tea. Bagi aku milkshake ni sangat refreshing time sedut tu. Roselle jelly aku tak dapat nak appreciate sangat rasa dia, sekadar menambah tekstur air sahaja. 
Tapi bila ais dah mula cair, terasa kemanisannya sampai tak lalu nak minum. Jadi aku rasa boleh minta less sugar untuk air ni. Overall, aku lebih suka Mangold Milkshake berbanding Pink Guava ni. Agak-agak ada tak air baru untuk raya ni? Hehe.


Untuk minuman bernilai RM6.90 sahaja, boleh beli di Tealive shoplots bermula 9.30 malam. 

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu