Review Da Mang Ren Kluang Mall

Jangan tak tahu Kluang Mall makin meriah sekarang. Banyak company dah mula berani nak invest bisnes mereka. Actually, ramai juga orang Singapura yang mula duduk sini. 

Bila kerajaan umumkan kita akan masuk fasa endemik dan tak akan ada lagi PKP, banyak perniagaan yang buka outlet di tempat baru. 

Antara yang baru bertapak di Kluang Mall ialah Da Mang Ren dan Hot & Roll. Selain itu, ada Auntie Anne's dan llaollao.

Baca Review Frozen Yogurt Sedap di Kluang

 

Da Mang Ren 📍Kluang Mall 

Facebook: Da Mang Ren - HQ
Waktu Operasi: 10.00 pagi - 10.00 malam


Mango Smoothie RM10.00 untuk regular. Ada 3 saiz iaitu small, regular dan large. Dia bagi lidi tu sebab bila dah habis minum air, boleh makan ketulan mangga di dalam cawan tu. Menarik kan? Rasa air mangga sangat pekat dan manis-manis buah. Aku rasa dia tak ada tambah gula. 


Mango Smoothie Fresh Milk with Golden Pearl RM13.00. Berbanding Mango Smoothie, air ni rasa light sikit sebab bersusu kan, kurang manis juga. Ada option untuk tambah pearl atau tidak. Pearl dia ok, chewy! Sama juga ada ketulan mangga untuk kita makan kemudian.



Banyak pilihan untuk dimsum ni. Ada kukus, goreng dan pau bermula dengan harga RM4.50. Aku pilih semua yang udang haha. Kurang berminat dimsum kukus sebab pilihan macam yang kat pasar malam tu. 

Dimsum goreng ada kelainan macam Vietnam roll, wantan udang. Pau durian dia sedap! Inti rasa macam lempuk durian. Pulut ayam kukus not bad, tapi husband kata dia pernah makan yang lagi sedap haha.

MENU:






Post a Comment

4 Comments