Set Iftar Ramadan Kluang 2022

Selain buffet Ramadan, ada beberapa restoran yang menyediakan hidangan set iftar dengan harga berbaloi sesuai untuk berbuka puasa bersama keluarga. Lagi-lagi ada keluarga yang sudah menerima kunjungan saudara-mara dari negeri lain. Anak-anak perantauan pun sudah mula balik ke kampung halaman di Kluang.

Baca Buffet Ramadan Kluang Bawah RM50

 

Set Buka Puasa Ramadan 

1. Mee Bandung Bonda 📍No 8, Jalan Idaman 1, Taman Idaman

Menyediakan set siakap bermula harga RM47.00 dan menu harian seperti mee bandung dan ayam penyet. Special menu Ramadan asam pedas dan masak lemak cili api rebung. 

Waktu : 3.00 petang hingga 10.00 malam 
Booking : 01135161094





2. Leezo 📍No 262, Jalan Mersing, Kawasan Jalan Mersing

Menu western untuk berbuka sesuai untuk 2-3 orang. Boleh pilih set ayam, daging lembu atau kambing. 

Waktu: 5.00 petang hingga 12.00 malam 
Booking: 0126687883




3. Cinnamon Pastry House 📍No 4, Jalan Idaman 1, Taman Idaman

Bukan Chef Ammar sahaja ada lamb shank, dekat Kluang pun ada. Boleh dapatkan set nasi arab berharga RM70 ataupun RM90. Menu ala carte nasi arab dan western juga tersedia. Percuma kurma, buah dan air. 

Booking: 018-942 4946





4. D'licious Cafe 📍No. 38, Jalan Tasik 1, Pusat Perniagaan Tasik, Taman Tasik

Hidangan set western dan masakan Melayu sesuai untuk seisi keluarga. 
Waktu: 3.00 petang hingga 12.00 malam.
Booking: 0177845818




5. Bro Barbeque 📍No 10, Jalan Idaman 4, Taman Idaman

Daging Brisket smoke dari Australia dimasak dan diasapkan selama 14 jam untuk menghasilkan daging yang lembut dan juicy.

SET NASI TALAM
*SET 2 ORANG*
A : 2 ayam (RM36.90)
B : 1 ayam + brisket 150g (RM54.90)
C : 1 ayam + brisket 150g + lamb grill (RM72.90)

*SET 4 ORANG*
A : 4 ayam (RM62.90)
B : 2 ayam + brisket 180g (RM76.90)
C : 2 ayam + brisket 180g + lamb grill (RM90.90)

SET PLATER Bro Barbeque
(Nasi goreng + Ramen + fries + meetball)
*SET 4 ORANG*
A : 4 ayam (RM62.90)
B : 2 ayam + brisket 180g (RM76.90)
C : 2 Ayam + brisket 180g + lamb grill (RM90.90)

Waktu: 5.00 ptg - 11.30 mlm
Sabtu - Khamis, Jumaat (cuti)
Booking: 0187614533




6. MH Kluang Cafe 📍Opposite Hotel Kluang Baru, Taman Kluang Baru

Set iftar Nasi Kandar original Penang bermula RM28.00 untuk 3-4 orang. Selain itu ada masakan peranakan dan western.

Waktu: 4.00ptg - 10.00mlm (Isnin Cuti)
Booking: 0176829294




7. Kluang Salai House 📍No. 26, Jalan Kampung Tengah 2,Taman Fajar Jaya

Iftar dengan shell out dan cheese tarik bermula harga RM69.90 untuk 2-3 orang.
Waktu: 3 petang hingga 11 malam
Booking: 0197519530





8. Orked Kitchen 📍No 13 & 14 Jalan Idaman 1, Taman Idaman

Set Shellout - Pilihan Sos sambal, lemak cilipadi, butter sauce atau blackpepper bermula harga RM39.90 untuk 1-2 orang. 

Set Talam Bakar - Siakap bakar, kupang bakar sambal, sotong/udang goreng tepung dan kailan ikan masin bermula harga RM39.90.

Set Seafood - Siakap 3 Rasa/Steam, tomyam,  sotong/udang goreng tepung, telur dadar dan kailan ikan masin bermula harga RM44.00.

Waktu: 4.00 petang- 11.00 malam
Booking: 0137119369





Post a Comment

4 Comments

  1. tu dia berbaloi org kluang byk pilihan. set 2 orang tu rasanya boleh makan 3 orang tu

    ReplyDelete
  2. Menarik - menarik makan ni semuanya

    ReplyDelete