Mee Bandung Bonda

Mi bandung sinonim dengan Muar tapi di Kluang popular juga disamping mi rebus, nasi beriani, nasi goreng ujang dan lontong darat. 

Kalau teringin nak makan mi bandung, aku memang tak cari lain kalau bukan di kedai Mee Bandung Bonda. Ada 2 cawangan, satu di Taman Sri Kluang dan satu lagi di Taman Idaman. 

Mee Bandung Bonda 📍No 8, Jalan Idaman 1, Taman Idaman, Kluang 

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin pukul 11.00 pagi hingga 9.00 malam 



Banyak pilihan untuk mi bandung antaranya ayam, udang, daging atau kerang. Tapi bagi aku paling padu adalah mi bandung daging. Terasa kemanisan hirisan daging dengan kuah kacang. Portion daging tak kedekut! 

Kuah memang pekat, pantang aku kuah ceroi. Jadi bila makan tu, mi dan kuah habis saing. Ada rasa sedikit pedas, bukan semata manis. Telur kuning wajib meleleh haha. 

Awal-awal owner bagitahu mi bandung dia adalah olahan sendiri dan tak pernah claim rasa seperti di Muar. 

Bandung bermaksud berganda atau berpasangan. Gabungan mi kuning dan kuah pekat terciptalah mi bandung. Manakala air bandung pula adalah campuran sirap dan susu. 

Selain mi bandung, ada hidangan ayam penyet dan talapia penyet. Sambal ayam penyet kurang pedas bagi aku. 

Aku pernah suarakan pada owner. Dia kata memang adjust kurang pedas untuk tackle pelanggan kanak-kanak. 

Baru-baru ni owner bagitahu dia dah alter bagi pedas balik bagi menjaga kemaslahatan pelanggan macam aku yang mementingkan authenticity. Ha gituh. 

Tambahan lagi, ada nasi kak wok ala-ala nasi bajet RM5.00 sahaja ayam goreng dengan gulai dan sambal belacan yang pedas. Ada set siakap juga kalau nak makan ramai-ramai. 


Hidangan panas juga not bad bagi aku. Nasi goreng paprik portion besar dan ayam ada isi ye, bukan tulang semata. Aku dan keluarga selalu makan di TSK sebab dah kenal dan lebih selesa. 

Menu dan harga Mee Bandung Bonda



Post a Comment

6 Comments

  1. Allagu...pagi- pagi nampak makanan sedap ni....ya allah..dah la fav akak ni...

    ReplyDelete
  2. tu dia tgk kuahnya pun dh tau.. mmg pekat dan kaw ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pekat Mama, kalau tak kena gaya boleh terbatuk makan haha

      Delete
  3. Sedap-sedapnya makanan! Rasa nak selit tumpang makan semulut hihihii.

    ReplyDelete