Nasi Ayam Singapura macam standard The Chicken Rice Shop!

Husband aku kalau aku tak cakap/decide nak lunch apa, mesti dia terus beli nasi ayam. Yela perempuan kan selalu cakap "Tak kisah apa-apa," tapi sebenarnya mengharapkan lelaki pandai beli makanan yang sedap haha. 

Jalan selamat, nasi ayam saja lah. Lengkap satu hidangan. Lagi-lagi kalau portion banyak, kena dengan harga yang dijual. 

Nasi Ayam Singapura 📍 No 169, Jalan 1, Taman Sri Kluang, Kluang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa pukul 9.00 pagi hingga 7.00 petang. 


Untuk harga RM8.50 dapat sepiring potongan ayam macam ni memang puas hati. Boleh pilih ayam steam atau roasted. Aku lebih minat roasted. Dapat dada pun masih lembut dan juicy. Pantang nasi ayam kalau goreng sampai kejung keras ayamnya haha. 

Sebab tu penting kita tengok sama ada ayam seekor yang digantung atau ayam ketul siap potong. Faham kan maksudnya? Hehe. 

Nasi cukup harum dan peroi. Tak berminyak atau masin, cukup berlemak. Rasa halia tak sekuat style orang Cina, seperti yang aku pernah makan di MyKluang. Sup simple, rasa sedap berganding dengan nasi. Cukup untuk "cleanse the palate". 

Istimewanya ada sambal merah dan sambal halia. Cukup pedasnya. Kicap cair sekadar di tuang pada ayam. Ada kicap pekat kalau nak lagi kick. 

Kalau nak lagi kenyang, boleh order side dish seperti tauhu stim, pakchoy, kailan atau tauge masak oyster sauce. Ada masakan panas juga selain nasi ayam. Untuk yang nak makan ringan, ada kudapan seperti fries dan keropok lekor. 
 

Nasi ayam goreng juga menjadi pilihan pelanggan di sini. Waktu awal dulu kami makan memang pedas, cili padi banyak haha. Owner masih R&D lagi waktu tu. 

Definisi nasi ayam yang digoreng memang tepat kalau berkunjung ke kedai ni. Ada beza tau dengan nasi goreng ayam.

Bila makan dekat Nasi Ayam Singapura ni mengingatkan aku tentang The Chicken Rice Shop tapi harga masih marhaen. 



Kenangan makan untuk 2 orang RM22.00 sahaja sempena anniversary The Chicken Rice Shop. Masih berlangsung hingga 7 Ogos ni. 

Maharnya biasalah kena download apps SedapZ dan redeem voucher macam biasa bila sampai di restoran. 


Post a Comment

2 Comments

  1. berbaloi harga promo tu. Nasi ayam goreng pun nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbaloi kak. Saya memang kejar promo, hari lain tak makan haha

      Delete