Paksyerr Char Kuey Teow

Bila dengar berita Mizz Nina dan Noh Hujan bercerai aku agak sedih dan terkejut jugalah. Sebab aku baru je baca diorang ambil anak angkat. Mizz Nina berjaya mahramkan anak angkatnya menerusi induced lactation. Aku kalau pasal breastfeeding memang support habis. Tup-tup jodoh tak lama. 

Waktu zaman kolej dulu, Mizz Nina ni memang terkenal sebab penghijrahan dia. Ramai la yang ship termasuklah aku. Kahwin pula dengan Noh Hujan yang karyanya sangat kena dengan golongan yang nak keluar dari mainstream. 

Tapi agak menjengkelkan pula bila aku dengar radio Era tadi. Entah siapa DJ India dia cerita pasal Mizz Nina bercerai, tiba-tiba seorang lagi DJ Melayu tegur tak payahlah pertikaikan hal-hal jodoh ajal maut ni. Adeh. 

Belum reda isu perceraian, dapat berita YB Nurul Izzah Anwar berkahwin untuk kali kedua dengan pasangannya Yin Shao Loong. Dia antara orang popular yang aku follow waktu zaman kolej dulu di samping Mat Luthfi. Ada satu talk tu aku pergi tapi tak dengar habis pun, YB Nurul Izzah cakap pasal education Malaysia teruk haha. Mat Luthfi pun aku dah tak tahu apa cerita. Kalau dia masuk Tiktok mesti famous balik. Lawak kot dia. 

Paksyerr Char Kuey Teow 

Alamat (Lokasi Baru): No 16, Gerai MPK Benteng, Jalan Batu Pahat, Kluang
Waktu operasi: 3.00 petang hingga 10.00 malam
Facebook: Paksyerr CKT

Kali ni aku nak ajak makan CKT. Korang tak akan sempat nak gaduh pasal char ke tak char sebab diorang jual 2 jenis masakan CKT iaitu Melayu (basah) dan Cina (kering). Boleh pilih nak biasa, kerang atau udang lebih. Harga bermula RM7-RM12. 

Favourite aku of course CKT kerang. Aku prefer yang kering sebab tak senang muak. Diorang guna kuetiau halus atau megi. Boleh add on telur mata garing. Uish bila telur kuning meletup tu sedap!

Inipun mengah nak habiskan sebab portion besar dan kerang pun melimpah. Sesekali gigit jeruk cili untuk "cleanse the palate" gitu. Rasa CKT tak masin, secukup rasa dengan sedikit smoky flavour. Taugeh masih crunchy dan kucai bagi aroma yang wangi. Worth to try! 



Post a Comment

4 Comments

  1. Terkejut kan dengan berita penceraian Mizz Nina dan Noh. Macam tak percaya. Walaubagaimana pun, kita doakan yang baik² je untuk dorang.

    ReplyDelete
  2. Moga perkahwinan Nurul Izzah kekal hingga ke syurga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... Suka tengok Nurul Izzah sebab lawa hehe

      Delete