Destinasi pertama percutian kami di Terengganu ialah Pasar Payang. Ibu Rin ada belikan sarapan dulu sebelum bertolak keluar dari homestay. Memandangkan hari tu 31 Ogos, tak banyak gerai sarapan yang buka berdekatan homestay.
Ketupat palas goreng ni first time Rin rasa. Memang extra sedap sebab sedikit garing di luar dan lembut pulutnya. Selalu orang pantai timur regu dengan apa ya?
Pasar Payang 1
Alamat:Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung Kapur, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: 7.00 pagi - 6.00 petang
Sesak jalan nak ke Pasar Payang memandangkan pagi itu ada sambutan hari kemerdekaan. Rupa-rupanya ada 2 bangunan pasar, pasar baru (ke arah pusat bandar), ada ruang parking berbayar dalam bangunan. Husband Rin parking tepi kedai dan jalan kaki ke pasar sebab dah terlepas simpang ke parking.
Payang disini merujuk kepada perahu payang, perahu pukat tradisional yang digunakan nelayan untuk mendaratkan hasil ikan pada zaman dahulu.
Pasar payang 1 (kering) memuatkan ruang niaga bagi cenderahati, kedai emas, kedai pakaian. Of course masing-masing borong plushie penyu. Ibu Rin sakan beli penyu untuk cucu. Beratus ye habis dekat penyu sebab yang paling besar berharga RM50. Rin beli fridge magnet dekat sini.
Actually dekat Pasar Siti Khadijah Rin jumpa akok tapi saiz besar (guna acuan bingka) dan akok + bahulu. Menyesal pula tak beli, boleh compare rasa kan.
Pasar Payang 2
Jalan kaki sikit ke pasar basah untuk beli keropok lekor dan keropok kering. Rin borong keropok ikan 5 bungkus RM40. Ada beli serunding ikan, Rin tanya sesuai makan dengan apa. Peniaga jawab makan dengan nasi impit sedap.
Keropok lekor basah dah di vacuum sealed jadi mudah nak bawa balik walaupun tak ada cooler box, tahan suhu bilik 3-4 hari peniaga kata.
Ada 2 jenis keropok lekor "gemuk" atau "kurus". Yang penting memang lebih rasa ikan. Tapi kalau nak lagi enjoy beli yang fresh peniaga tengah uli dan digoreng dekat gerai.
Rin ada beli satar, tapi Rin lebih prefer satar Mersing. Satar yang Rin rasa ni lebih ke arah manis dan kurang rasa ikan. Mungkin tak jumpa kedai yang sedap.
Tok aji serban pula adalah versi sekaya berpulut. Gabungan sekaya yang manis dan pulut lembut memang padan. Kuih apa lagi yang rare patut Rin rasa?
Ketupat sotong
Rin ada tanya husband makanan apa lagi yang dia nak cuba. Surprisingly dia cakap nak cuba ketupat sotong. Ibu Rin bagitahu masa di Kelantan ada jumpa ketupat sotong tapi warna kuah sedikit gelap.
Untuk ketupat sotong versi Terengganu ni tak semanis yang dikatakan orang. Rasa lebih savory sebab macam ada rempah dalam kuahnya. Pulut yang disumbat dalam sotong lembut dan berlemak. Husband, ibu dan adik Rin suka, but not for me huhu.










8 Comments
Kalau ke sana tak singgah pasang Payang memang tak lengkap kan?
ReplyDeletePasar Payang dah masuk dalam wishlist...x sabar nak baca update seterusnya dari Rin....akak akan ada di Kuala Terengganu Jumaat ni sampai Ahad....
ReplyDeletehahahha
ReplyDeletebaru tahu ada akok jagung rupanya yaaa
sy selalu mkn yg pandan dan yg biasa tu je laa
kat kl ni mmg payah nk dpt makanan authentic pantai timur ;-)
Kalau ke KT, wajiblah singgah ke pasar payang ni
ReplyDeleteSaya tidak berani mencuba makanan tradisional cuma ada cuba ketupat sotong.
ReplyDeleteOhh ni namanya ketupat palas goreng eh. Patutlah berminyak macam tu. Pernah makan rasanya. Ingatkan memang kukus dengan santan dia berminyak gitu.
ReplyDeleteMakan dengan rendang biasanya kan? Ke salah?
Pasar Payang ni meriah betul orang. Nak cari parkir pun susah. Dalam pun sesak berlaga bahu. Tapi yang seronoknya macam-macam ada cuci mata cuci poket sekali. huhuhu...
Tak pernah lagi makan ketupat sotong. Kalau savory okaylah boleh makan. Kalau jenis manis-manis ni macam tak kena pula dengan tekak.
Rindunya nak jalan2 ke Pasar Payang. Tapi susah nak cari parking kat sana. Datang petang2 sikit ada la parking tapi byk gerai kat pasar lama tu dah tutup pulak.
ReplyDeleteKetupat Palas nih sering baca di blog teman2 Malaysia. Tapi belum pernah coba. Nak cari nanti di KT 😍😍.
ReplyDeleteOh Jadi ada 2 pasar payang ya kak.
Waaah ada kerupuk Lekor yg divacum 😍😍😍. Saya akan beli di hari terakhir di sana. Nak bawa ke Jakarta nanti 😍😍
Sepertinya pasar payang basah lebih sesuai untuk saya 🤣
Ketupat sotong tuh pun menarik. Kalau rasanya cendrung gurih (savoury) saya sukaaa