Apa khabar semua? Maaflah lama menyepi dari dunia blog. Tahun 2023 bermula agak busy dengan company trip ke Port Dickson dan wedding vacation di KL/Selangor sempena majlis perkahwinan anak saudara suami. Tambahan lagi Kluang Johor mengalami musibah banjir 2x dalam masa kurang dari sebulan. Rumah ibu terjejas tapi tidak seteruk seperti tahun sebelum ini.
Cerita Bask Bear ni adalah draft dari hujung tahun lepas. Memandangkan hari ni ada cuba menu baru dari Bask Bear iaitu La French Toasties, kita up sekali menu yang dah lama aku cuba ni lebih kepada savoury toasties.
Fancy sandwich ni dipelbagaikan dengan filling isi ayam dan daging harga pun lebih dari RM10 dah. Sos pun ada yang spicy lagi-lagi kalau burger toasties. Memang ingat nak makan sandwich tapi jadi burger pula hehe. Kalau nak kelainan boleh tukar roti kepada hash brown tapi bagi aku agak heavy. Memandangkan Ramadan tak lama lagi, boleh jadikan Bask Bear port untuk moreh nanti. Nak lagi kenyang ada juga Mac and Cheese sebagai tambahan.
Review tealive aren palm sugar
RM9+
RM8+
Ok sebelum keluarnya La French Toasties ni aku perasan diorang dah keluarkan AM French Toasties (roti celup telur) iaitu breakfast siries dengan chicken slice, kaya. Untuk penggemar dessert boleh cuba Choco caramel biscuit ni (biscoff). Roti memang tebal dan lembut. Cuma kena makan cepat sebab whipped cream dia cepat cair sebab dia serve atas roti yang masih panas.
Kalau mat salleh panggil french toast, orang Melayu panggil roti titab klate la haha.. aku pun tak pernah rasa lagi roti titab tu walaupun ada versi Johor yang dihasilkan orang sini.
RM9.90
Overall komen dari aku, sesekali nak makan toasties dekat sini bolehlah untuk snacking/moreh sebab tak kenyang sangat pun dan harga agak pricey unless ambil filling yang tinggi protein. Nak dating dan meet up dengan kawan-kawan pun ok sebab ruang makan luas dan selesa.
Dari segi minuman, kopi masih belum jadi strong suit Bask Bear dan ironinya mereka buka sebelah ZUS Coffee yang jauh lebih hebat.
2 Comments
x pernah lagi try bask bear ni...
ReplyDeleteBoleh try Mummy Ayu.. sandwich dia not bad kalau makan panas-panas
Delete