Woodfire Kluang Overhyped?

Awal-awal dulu Taman Tasik Indah atau Parkland ni agak confusing sikit sebab ada satu lagi tempat iaitu Taman Tasik Kluang. Tak ada nama lain ke nak pakai. Tempat ni mereka tengah majukan dengan pembukaan Burger King, Woodfire dan Target Grand.

Woodfire Kluang 

📌92, Jln Tasik Indah 1/4, Taman Tasik Indah, Kluang
Waktu operasi: 12.00 petang hingga 10.00 malam, cuti Isnin dan Selasa 

Weekend hari tu aku dinner dekat Woodfire, datang lepas maghrib macam tu. Ada sitting dalam dan luar, agak luas. Order dekat depan kaunter dan terus bayar lepas tu mereka bagi nombor. Nanti pelayan akan hantar ke meja. Rasa pick up sendiri kalau take away. Masa aku tengah tunggu order orang makin ramai dan ada yang beratur sampai luar. 

Aku kalau pergi makan mana-mana kedai kena fikirkan hidangan mesra budak kecil dan orang tua. Kalau menu terhad agak sukar jugalah. Sepatutnya diorang ada waffle tapi dah sold out.




First time datang sini aku order Mushroom Burger RM22.90. Harga standard untuk gourmet burger, paling murah RM19.90. Ala carte je, tak ada set. Kiranya air dan fries beli asing. Fries ada beberapa option bermula harga RM6.90 yang biasa atau curly. Ada topping cheese atau daging. 

Air ada banyak juga option iaitu air gas, jus atau milkshake. Coke Zero tak ada. Oreo Milkshake RM16.90 agak overpriced dan tak sejuk sangat, macam minum susu adeh. Husband order Butter Bear, dia cakap sparkling tak cukup kuat. Butter tu clear, rasa macam caramel sikit. Pak mentua order white coffee panas, ok not bad. Overall kena improve lagi air. 

Untuk burger, aku suka ada hash browns! Masih rangup dan kena sangat dengan cendawan shitake. Beef patty, bolehlah. Dry sikit dan beberapa kali tergigit ketulan keras. Bila husband cuba, dia kata rasa macam patty McDonald's. Cuma Woodfire tebal sedikit. Portion ni memang mengenyangkan. 

Sos dia aku tak berapa minat sangat sebab manis. Sos cheese dia sama macam sos fries. Tak pedas langsung burger ni, muak sikit. Macam nak letak sos cili je haha. Husband cakap mushroom burger memang dia buat tak pedas. Aku tak dapat nak compare burger lain sebab aku seorang saja yang order burger.


Husband order Smoked Lamb Rib. Starting harga RM60, yang paling ringan 230g++ sesuai makan seorang tapi aku rasa boleh share 2 orang. Ada senarai berat dan harga, boleh pilih ikut bajet. Surprisingly memang sedap! Daging lembut dan masih juicy. Tak ada rasa dan bau kambing yang pelik. Lemak dia melting dalam mulut. Perapan daging just nice, kena bila dip dalam sos BBQ. Aku rasa highlight dinner kami adalah lamb rib ni berbanding burger. 

Pak mentua makan Smoked Chicken RM23. So-so je rasa ayam dia, agak dry dan masin. Berbanding kambing, ayam bila dip dalam sos BBQ macam tak ngam sangat. Aku rasa kalau ada sos black pepper lagi sedap. 


Overall, pengalaman yang menarik sebab dapat makan lamb rib yang sedap. Next time aku ingat nak try Brisket Burger sebab aku rasa smoked dia lagi padu berbanding patty. Mostly orang memang suggest brisket. 

Actually ada satu kedai Melayu iaitu Bro Barbeque di Taman Idaman yang jual smoked brisket dan seangkatan dengan harga yang berpatutan tapi tak sempat nak pergi lagi. 






Post a Comment

0 Comments