Snek Pantang Premium Vegilicious dari Suraya Mothercare and Beauty

Untungnya orang sekarang berpantang ada khidmat Confinement Lady (CL) untuk tolong jaga di rumah. Tak semua dikurniakan kesempatan untuk dijaga oleh ibu atau ibu mertua selepas melahirkan anak. Syukur alhamdulillah aku boleh ke rumah ibu sewaktu melahirkan Adam pada tahun 2020. Pengalaman pertama bersalin, c-sect pula tu tak terbayang kalau berpantang tanpa bantuan untuk menjaga Adam dan memasak makanan untuk aku. 

Bukan setakat CL, khidmat penyediaan makanan berpantang juga tak kurang hebat sambutan yang diberi. Mudah nak dapatkan sekarang, tekan-tekan di Shopee atau tempah dari confinement center. Suraya Mothercare & Beauty bukan sahaja menyediakan khidmat CL, malah menjual pelbagai pilihan snek berpantang yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. 

Suraya Mothercare and Beauty

Snek Pantang Vegilicious Jarang Tak Repeat


Seronoknya bila dapat tahu ada 5 pilihan sayur berpantang Vegilicious yang dikeluarkan oleh Suraya Mothercare & Beauty ni. Sayuran segar Cameron Highland digoreng tanpa tepung yang berlebihan lalu dibungkus dalam ziplock bag bagi memudahkan penyimpanan. Walaupun bukan dalam tempoh berpantang, aku sekeluarga tetap enjoy semua snek yang rangup ni. Satu perkara yang aku suka ialah ia tak terlalu masin. Secukup rasa garamnya. Sesuai untuk kanak-kanak yang kurang gemarkan sayur. 


5 pilihan snek berpantang Vegilicious ialah:
1. Bawang putih rangup 
2. Serunding halia ikan bilis 
3. Lobak putih rangup 
4. Petola goreng rangup
5. Peria goreng rangup


Mudah sangat nak makan sayur bila berpantang, lagi-lagi bawang putih dan serunding halia ikan bilis. Renyah juga kalau nak tumbuk-tumbuk sendiri. Nasib baik boleh order di Shopee sebab hampir 100,000 paket dah terjual! Kalau tahu awal, memang buat stok la masa berpantang dulu. 


Setiap kali makan nasi panas, memang tak tinggal serunding halia ikan bilis dan bawang putih rangup sebagai pelengkap hidangan. Tak ada lauk lain, telur mata pun sedap bila regu dengan dua snek ni. Bila dapat halia, rasa lega perut lepas makan. Bawang putih pula rangup dan rasanya tak terlalu kuat. 


Bila petang-petang tak tahu nak makan apa, boleh kunyah-kunyah lobak putih, peria atau petola goreng. Memang rangup sampai ralit depan TV. Jangan risau sebab dah ada senarai kandungan dan nutrition info dekat belakang packaging bagi setiap snek. Boleh siap-siap kira kalori bila nak makan. 


Bila nak ziarah kawan lepas bersalin, selain barang baby apa kata kita tukar jadi snek berpantang Vegilicious ni. Packaging cantik sesuai untuk hadiah. Bagi yang nak berniaga, jadi agent mudah sahaja dengan bayaran RM208 untuk 20 paket snek boleh campur antara 5 pilihan snek di atas.

Instagram: Suraya Mothercare 

Pakej Berpantang Confinement Lady (CL) seluruh Malaysia

Sebelum ni ramai artis yang guna khidmat CL selepas bersalin. Rasa untungnya ada orang yang jaga masa berpantang. Jangan risau, Suraya Mothercare & Beauty menyediakan 100 orang CL yang bertauliah dan berpengalaman di seluruh Malaysia untuk membantu ibu selepas bersalin. Boleh book mereka untuk jaga di rumah terus. 

Pakej yang disediakan: 
1. Day Care : 8.30 am - 4.30 pm
2. Halfday masak / tanpa masak
3. Stay in Malaysia
4. Stay in overseas
5. Urutan prenatal
6. Penutup pantang
7. Keguguran

Boleh hubungi mereka di nombor ini:

Muar: 0176845435
Johor Bahru: 0197209951
Kuala Lumpur: 0166441923

Berita baik untuk orang Johor Bahru, anda boleh mendapatkan perkhidmatan makanan yang dimasak khas untuk berpantang. Ala macam order di Foodpanda atau Grab, mudahkan. Tak perlu susah-susah masak. 

Berpantang dengan tenang...

Bab berpantang ni memang banyak perbincangan lagi-lagi tradisional vs moden. Tapi bagi aku selagi emosi dan kesihatan sang ibu terjaga, apa salahnya kita beradaptasi dengan perkembangan semasa dan memudahkan proses pemulihan selepas bersalin. Pemakanan pula perlu cukup nutrisi dan air perlu diambil secukupnya. Keluarga dan suami kena supportive, hadiah yang terbaik sudah semestinya pakej CL untuk mudahkan sang isteri. Betul tak? 

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu