Review Filem Mrs Chatterjee vs Norway (2023)

Semalam sempat layan Mrs Chatterjee vs Norway yang viral di Tiktok dan Facebook, keluar di Netflix sempena sambutan Hari Ibu. Pelakon hebat Rani Mukherjee membawa watak Debika Chatterjee yang diinspirasikan oleh kisah sebenar pasangan India di Norway iaitu Sagarika Chakraborty pada tahun 2012. Dalam filem ini, anak Debika iaitu Suchi dan Shubh telah dirampas oleh Norwegian Child Welfare Services (Barnevernet) atas alasan rumah mereka tak kondusif dan selamat untuk membesarkan anak-anak selepas dipantau selama 10 minggu. 

Alasan yang diberi oleh Barnevernet untuk menghalalkan tindakan mereka ialah culture orang India atau kebanyakan orang Asia mengurus keluarga dikatakan membantutkan perkembangan anak kecil antaranya menyuap makanan menggunakan tangan, co-sleeping, dan menampal kohl di dahi. Tambahan lagi, suami Debika iaitu Anirabh sibuk bekerja dan tidak membantu urusan keluarga. Pendidikan Shubh turut terabai diburukkan lagi wujudnya ciri-ciri autistik. Kemuncak kejatuhan Debika apabila dia dituduh mental tidak stabil sehingga hak penjagaan anaknya ditarik sampai usia 18 tahun. 

Review ringkas (spoiler alert) 

Sedih tu sedih tapi... hampir tertidur sebab garapan filem terlalu perlahan dan tiada dinamik. Terlalu banyak scene flashback Debika berkasih-sayang dengan Suchi dan Shubh. Yes I'm a mother and I love my baby too! Reaksi Debika berlari kejar kereta sampai terjatuh pun actually dah cukup nak cakap dia sangat sayangkan anak-anak. Satu perkara dia tak tunjuk macam mana anak-anak terseksa/rindu bila berpindah-pindah penjaga/keluarga angkat. Setakat Suchi demam tu je la. Kurang lakonan dari Shubh. 

Anirabh pula dah jelas-jelas red flag dalam cerita ni sebab pernah pukul Debika dan typical Indian menghambakan isteri. Dialah punca utama! Patutnya Debika awal-awal tinggalkan Anirabh dan bergabung dengan kumpulan wanita yang perjuangkan nasib yang sama. I thought peguam Debika iaitu Daniel Singh Ciupek akan jadi supporter yang paling kuat sebab dia juga adalah mangsa sistem Norway tapi yang berlaku adalah sebaliknya. 


Adakah Norway salah di sini?

Honestly ramai yang "benci" Norway lepas tengok cerita ni sebab Debika teraniaya hanya kerana caranya mengurus rumahtangga tidak diterima masyarakat Norway. Tambahan lagi, Barnevernet terpalit dengan isu anak angkat dan penyelewengan wang kerajaan. Seakan-akan mereka sengaja memecahbelah keluarga immigrant. 

Bercakap soal immigrant, pada tahun 2014 negara digemparkan dengan kes rakyat Malaysia iaitu Azizul Raheem Awalludin dan isterinya, Shalwati Nurshal dipenjara di Sweden kerana memukul anak berusia 12 tahun atas alasan tidak menunaikan solat. 


Pada tahun 2019, pasangan suami isteri Hairi dan Norliha dipisahkan daripada 5 orang anak mereka kerana isu berpuasa. Disebabkan tempoh masa berpuasa yang panjang di negara Nordik (Sweden, Finland, Iceland, Denmark dan Norway) salah seorang anak mereka keletihan di sekolah dan mengadu pada guru. Guru tersebut telah melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa perlindungan kanak-kanak. 

Mengulas pandangan peribadi Puan Azira Aziz yang telah lama menetap di Norway dan melalui pengalaman dipantau oleh Barnevernet. Beliau berkata child protection service bukan hanya di negara Nordik tapi turut digunapakai di Amerika kerana undang-undang ini melindungi kanak-kanak dari keganasan, eksploitasi dan penderaan.

Tiada isu penindasan agama seperti mana yang sering dianggap oleh masyarakat kita. Norway memberikan pendidikan percuma dan healthcare yang terbaik terutamanya kepada Orang Kelainan Upaya. Puan Azira Aziz mempunyai anak autistik dan seorang lagi memerlukan kaki palsu. Barnevernet mengambil inisiatif mengajar Puan Azira bagaimana untuk mengurus anak autistik sejak dari kecil. Rawatan dan kaki palsu pula percuma selama duduk di Norway. 


Puan Azira turut menyarankan agar mereka yang datang ke negara Nordik belajar bahasa tempatan dan memahami culture, undang-undang mereka dengan bercampur dengan masyarakat. Sebagai ibu bapa, cara mendidik anak perlulah dijauhkan dari kekerasan seperti memukul atau merotan. Mereka turut perlu aktif dengan aktiviti di sekolah dan engage dengan guru lagi-lagi jika anak sedang belajar berpuasa. Sediakan bekal jika anak perlu buka puasa di sekolah. Tiada isu agama kerana populasi muslim adalah kedua terbesar di Norway. 

Selepas isu Sagarika Chakraborty, Norway lebih membuka mata untuk menerima budaya masyarakat luar negara yang bermastautin di negara mereka. Walau di mana sahaja kita berada prinsipnya ialah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. 


Rujukan: 




Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Wah, seram jugak ye nak besarkan anak2 di Norway. Lagi2 kita ni dah terbiasa dengan Asian parenting yang terkenal tegas dan menekankan disiplin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seram. Jerit-jerit pun sensitif di sana. Mereka amalkan gentle parenting.

      Padam

Close Menu