Ayam goreng McD Menu dan Harga: Ayam goreng Korea K-Hack Cara Zizan Razak

Ingatkan McD keluarkan Sweet & Spicy K-Burger je, rupa-rupanya ayam goreng McD ala Korea pun ada! Puncanya Zizan Razak upload dekat Tiktok cara dia makan ayam goreng McD add on sos Sweet & Spicy K-Sauce dan hasilnya sangat sedap dan menyelerakan. Rin tak sure adakah ini gimik McD ataupun mereka betul-betul inspired dengan K-Hack cara Zizan Razak sebab Marrybrown kalau keluarkan perisa baru memang dia akan buat burger dan ayam goreng sekali seperti edisi K-Crunch Chicken.

Ayam Goreng McD



Ayam goreng McD K-Hack Cara Zizan Razak 

Rin order ayam goreng McD mixed (regular dan spicy) dengan sweet & spicy K-sauce sebab nak cuba rasa dengan 2 jenis ayam goreng ni. Curah sos manis dan pedas atas ayam terus baru feeling ayam Korea kan. Ada aroma dan rasa gochujang dalam sos Korea ni walaupun tak pekat sangat tapi still rasa manis-manis pedas. Kepedasan dia sederhana sahaja jadi Rin syorkan makan dengan ayam goreng McD Spicy yang memang dah terkenal dengan rasa yang sangat pedas. 

Rin ingat ayam ni akan jadi masin sebab curah sos Korea tapi tak ye. Rasa balanced dan enjoyable walaupun pedas. Ada beberapa pilihan untuk menikmati K-Hack iaitu set 2 atau 3 ketul ayam goreng ala carte atau set bersama K-sauce, fries dan minuman pilihan. Selain itu, boleh nikmati nasi lemak bersama ayam goreng 1 atau 2 ketul, K-sauce dan minuman pilihan. 

ayam goreng mcd


Sejarah ayam goreng McD

Walaupun sudah ada di pasaran sejak 30 tahun yang lalu, ayam goreng McD tidak dikenali ramai orang berbanding menu burger mereka yang lain. Sejak diperkenalkan semula pada tahun 2017 dengan resipi yang diperbaharui, ayam goreng McD terus menjadi kegemaran rakyat Malaysia jauh meninggalkan pesaing yang sedia ada kerana harganya jauh lebih murah. Semua sedia maklum, ayam goreng McD memang besar-besar, segar, juicy dan mempunyai salutan tepung yang sedikit tebal dan rangup.
Baca juga:
Perapan ayam goreng McD Spicy memang istimewa kerana sampai ke isi terasa pedas berempah bukan sekadar di luaran sahaja. Tambahan lagi, mereka turut mengeluarkan ayam goreng McD 3X Spicy bagi yang gila pedas! Bagi Rin, ayam goreng McD Spicy memang menjadi pilihan berbanding regular.

Nasi lemak McD 

Selain ayam goreng McD, nasi lemak McD turut mendapat sambutan yang baik daripada rakyat Malaysia sejak diperkenalkan pada tahun 2019. Nasi lemak McD lengkap dengan nasi bersantan, sebiji telur goreng, ikan bilis, timun dan sambal pedas. Gandingan nasi lemak dan ayam goreng sering menjadi pilihan peminat McD untuk breakfast, lunch mahupun dinner. 

nasi lemak mcd


Menu dan Harga ayam goreng McD 

Ayam Goreng McD

Ala Carte

Medium

Large

1 pcs Ayam Goreng McD Regular/Spicy

8.40

12.22

14.58

2 pcs Ayam Goreng McD Regular/Spicy/Mixed

14.39

18.82

21.18

3 pcs Ayam Goreng McD Regular/Spicy/Mixed

17.78

22.59

24.95

5 pcs Ayam Goreng McD Regular/Spicy/Mixed

32.08

-

-

10 pcs Ayam Goreng McD Regular/Spicy/Mixed

59.43

-

-


Menu dan Harga Nasi Lemak McD  

Nasi Lemak McD

Ala carte

Set

Plain nasi lemak

2.83

-

Nasi Lemak

6.59

8.02

Nasi lemak + 1pcs ayam goreng Regular/Spicy

13.77

15.66

Nasi lemak + 2pcs ayam goreng Regular/Spicy/Mixed

16.60

18.49


Menu dan Harga K-Hack Cara Zizan Razak 

Ayam Goreng McD

Ala Carte

Medium

Large

2 pcs Ayam Goreng McD Regular/Spicy/Mixed +K-sauce

17.22

21.65

24.01

3 pcs Ayam Goreng McD Regular/Spicy/Mixed +K-sauce

20.61

25.42

27.78

Nasi Lemak + 1pcs ayam goreng Regular/Spicy +K-sauce

-

18.49

-

Nasi Lemak + 2pcs ayam goreng Regular/Spicy/Mixed +K-sauce

-

21.32

-


Kalori ayam goreng McD

Regular

  • Kalori 260kcal untuk 100g
  • Karbohidrat 15.8g
  • Protein 16.2g
  • Lemak 14.7g
Spicy 
  • Kalori 286kcal untuk 100g 
  • Karbohidrat 11.8g
  • Protein 19.2g
  • Lemak 18.1g

Kalori nasi lemak McD

  • Kalori 593kcal untuk 1 hidangan lengkap nasi lemak bersama telur, sambal, ikan bilis dan timun. 
  • Karbohidrat 81.4g
  • Protein 18.6g
  • Lemak 21.4g

Promosi Terkini McDonald's 

Promosi Crazy Hour 

Dapatkan 5 ketul ayam goreng McD RM19.99 pada pukul 3 hingga 6 petang dan 9 malam hingga 12 tengah malam sahaja setiap hari. 




Mix & Match McD 2023




McSavers Mix & Match RM6.50

Side

Bubur Ayam McD

Pilih 1:

French fries, apple pie, Iced lemon tea, coca cola, 100plus, sprite, tea, americano, teh tarik

 

4 pcs Chicken McNugget

Cheeseburger


McSavers Mix & Match RM6.99

Side

Nasi lemak McD

Pilih 1:

French fries, apple pie, Iced lemon tea, coca cola, 100plus, sprite, tea, americano, teh tarik

 

Spicy Cheese Burger 

McChicken

1pcs Ayam Goreng

 



@zizanrazak869

Guys, korang kena try makan menu hack Ayam Goreng Spicy dengan sauce nugget korea dari Mekdi ni 🥹 sedap betul boh! #mcdonaldsmalaysia

♬ original sound - zizanrazak869 - zizanrazak869

Catat Ulasan

2 Ulasan

Close Menu