Burger Korea K-Crunch Chicken Marrybrown Pedas!

Aku pernah baca dekat Facebook, dia hairan kenapa tak ramai orang dekat Marrybrown (MB) compare dekat McDonald's atau KFC. Aku macam, ceruk mana la dia hidup ni. Mentang-mentang MB made in Malaysia.

MB dekat sini sampai kena tutup sebab makanan sold out lagi-lagi orang buka puasa Ramadan. Antara makanan yang famous mestilah bubur dengan mi kari MB. Kari pekat berlemak, cukup pedasnya. 

Kalau orang tanya, mi kari mana yang sedap aku macam blur nak suggest kedai Melayu. Kalau mi bandung atau mi rebus tu tahulah. Mi kari ni famous dekat kopitiam antaranya di Kluang Rail Coffee. 

Berbalik kepada MB, baru-baru ni mereka keluarkan siri K-Crunch Chicken. Dari segi pengenalan menu baru, aku rasa MB win berbanding fast food yang lain. Mostly flavour baru sedap kecuali Teriyaki Wasabi aku tak minat sangat. 


Menu Korea kali ni tak ada chicken wings, sedihlah juga. Tapi lebih puas sebab dia bagi ayam goreng biasa tapi bersalut sos korea. Siapa yang familiar dengan sos korea mesti tahu rasa manis-manis pedas sos ni. Tambahan lagi, tak ada rasa masin yang keterlaluan. Secukup rasa. 

K-Crunch Chicken Burger kali ni memang sedap. Isi ayam goreng yang masih juicy di apit oleh 2 keping bun hitam yang lembut. Rasanya charcoal ni, tak ada rasa yang prominent hanya rasa roti. Ada sayur, cheese dan seaweed. 


Rasa sos korea agak strong kali ni. Caution untuk yang tak tahan pedas. Sos dia memang pekat so bila letak dekat ayam tak cepat soggy. Waktu makan masih crunchy. Ada orang buat sos korea agak cair ye, contohnya macam Muiz Hot Chicken sebab tu dia asing bila take away. 

Korang boleh pilih nak makan burger, ayam atau nasi. Side aku dah rasa dumplings tu ok sedap juga. 


Hari tu aku beli Domino's Ayam Haseyo ala-ala korean chicken wings. Sedap memang sedap. Actually, aku tak berkenan sangat bila makan chicken wings yang tak coated dengan tepung ni. Rasa tak puas makan sebab tak crunchy. Ada orang suka kan style panggang ni. 


Aku rasakan makanan Korea ni memang menguntungkan la jarang flopped. Setiap beberapa bulan, mana-mana fast food memang akan keluarkan menu Korea mengikut kreativiti masing-masing. Selagi k-drama dan k-pop wujud business makanan Korea ni besar potensinya. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Betul tu. MB kurang diminati ramai tapi saya selalu beli di situ. Di tempat saya, MB sudah lama tutup. Kalau nak makan, sewaktu transit Kota Kinabalu Airport, makanlah kami di situ.

    ReplyDelete
  2. fuhhh..warna merah pada sos pun sudah menyeramkan deria bibir hehe...pedas nampaknya

    ReplyDelete