Dessert cafe Four Beans di Kluang ni Rin mula pergi pada akhir tahun 2023 selepas mereka disahkan halal. Dessert bertemakan taufufah & pelbagai topping inspirasi dari Taiwan. Kalau rasa tak nak makan taufufah, mereka juga ada bingsu pelbagai perisa dengan topping buah-buahan.
Four Beans
Alamat: 3, Jalan Langsat, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor Darul Ta'zim
Waktu operasi: 12.00 tengah hari - 9.45 malam
Rin selalu beli bila ada promosi Buy 1 Free 1 di Grab, RM20 dapat 2 set taufufah berbanding walk-in kedai harga agak mahal around RM15-16 untuk satu.
Siapa suka bubur candil, topping taufufah ni adalah berasaskan ubi-ubian yang dicampur tepung ubi, teksturnya chewy. Selain itu ada topping puding caramel, kacang, cincau dan jelly.
Beans Factory
Alamat: 56, Jalan Duku, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor Darul Ta'zim
Waktu operasi: 12.30 tengah hari - 12.00 malam
Sebuah lagi dessert cafe yang menyediakan hidangan berkonsepkan taufufah ialah Beans.Factory. Hanya sekali saja kunjungan ke sini jadi tak banyak menu yang dicuba. Taufufah silky, topping taro balls, peach gum, grass jelly. Tuang air soya, air gula halia/brown sugar.
Duricoco
Alamat: 48, Jalan Duku, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor Darul Ta'zim
Waktu operasi: 11.00 pagi - 11.55 malam
Satu lagi dessert cafe yang Rin pergi ialah Duricoco. Minuman mereka bertemakan air kelapa dan durian. Kalau tengah craving coconut milkshake boleh cuba air mereka, rasa premium dan tak terlalu manis.
Untuk dessert, mereka ada coconut milk pudding bersama topping ice cream kelapa/durian dan pearls. Sekarang ni mereka dah tambah banyak lagi topping macam cendol, kacang merah, puri durian dan taro balls.
Puri durian mereka adalah gabungan pelbagai durian seperti D24 dan durian kahwin yang lain.







7 Comments
Boleh cuba minuman berasaskan puri durian dan air kelapa tu
ReplyDeleteJap...Cantik2 la gambar... Semua sharp... Fon kayangan ni....
ReplyDeleteDua² kafe ni menarik menu yg disajikan.
ReplyDeleteSaya nak follow dulu ya blog ni, jom berbalas follow..
ReplyDeleteHa dah selamat follow..
ReplyDeleteNampak sedap pulak bubur candil tu. Saya Google kat KL ni pun ada tapi kat Cheras nun. Tunggu bukak dalam mall baru pergi kot sbb senang sikit nak parking 🤭
ReplyDeleteSaya sukaa dessert begini. Ada yg mirip juga di jakarta , Hong Tang Dessert. Dan memang jadi favorit saya juga kalau nak dessert 😍. Nanti kalau ketemu di sana, nak coba juga lah
ReplyDelete