Dorayaki Matcha Sunshine Bakeries

Sunshine Bakeries mula popular kerana menggunakan teknik dan bahan-bahan mentah dari Jepun dalam pembuatan roti mereka. Roti Hokkaido Milk antara yang Rin pernah makan, memang lembut dan berlemak susu. 

Kali ni mereka keluarkan Dorayaki yang sinonim sebagai snek kegemaran Doraemon. Dorayaki boleh didapati dalam 5 perisa iaitu musang king, red bean, cheese, taro dan matcha. Semua berharga RM2.80 kecuali musang king dijual pada harga RM4.50. 
 


Pancake lembut, gebu dan dilapisi krim matcha yang tak terlalu manis dan masih ada kelat matcha dihujung rasa. Sesuai untuk minum petang disulami teh atau kopi panas. 


Sebelum ni pernah nampak dorayaki di Family Mart tapi Rin tak beli sebab berintikan coklat, Rin nak cari yang OG iaitu kacang merah. Jadi bolehlah Rin hunting dorayaki Sunshine Bakeries sebab selalu sold out juga di 7-Eleven. 

Post a Comment

0 Comments