Kopi santan ni popular sebab Khairul Aming & Rembayung atau sudah lama mendapat tempat di hati peminat kopi? Rin actually baru juga cuba kopi santan itupun sebab nak cari kelainan.
ZUS Coffee Iced coconut cafe latte
Pertama kali cuba coconut cafe latte satu pengalaman yang menarik. Gabungan espresso yang pahit dan barista coconut milk yang creamy, memang sedap. Kalau nak cakap ada wangi atau manis santan, sedikit sahaja. Rasa santan tak mengganggu terutamanya bagi peminat kopi susu lembu.
Ai-Cha Coconut Latte
First time beli kopi di Ai-Cha, selalunya beli kopi di Mixue. Ai-Cha guna mesin kopi seperti di Family Mart/7E Cafe. Jadi espresso yang digunakan segar dan pekat. Rin perasan mereka gunakan barista coconut milk juga tapi tak pasti brand apa.
Coconut latte Ai-Cha tak kurang hebatnya. Mungkin ada sedikit kekurangan pada kualiti espresso berbanding ZUS Coffee tapi rasa setara sahaja.
Beza susu lembu, susu oat dan santan
|
Ciri |
Susu Lembu |
Susu Oat |
Santan |
|
Rasa |
Berkrim, sedikit manis |
Lembut, sedikit rasa oat |
Kaya, berlemak, aroma kelapa |
|
Tekstur |
Krim sederhana |
Smooth & ringan |
Sangat pekat dan creamy |
|
Padanan Kopi |
Semua jenis kopi |
Latte & flat white |
Coconut latte |
|
Foam |
Sangat baik |
Baik (barista) |
Kurang stabil |
|
Kalori |
Sederhana |
Sederhana |
Tinggi |
|
Protein |
Tinggi |
Rendah |
Sangat rendah |
|
Lemak |
Sederhana |
Rendah–sederhana |
Sangat tinggi |


4 Comments
Ohh sebab Rembayung ke dia jadi popular. Rasa macam dah lama ada dah kopi santan ni. Belum pernah cuba lagi mana-mana kopi santan. Boleh try nanti kalau teringin nak rasa.
ReplyDeleteBelum pernah mencuba campuran kelapa dgn coffee lagi setakat ini huhuu :D
ReplyDeleteai cha ni sy selalu beli dia punya air peach + markisa. x penah bli yg lain😁
ReplyDeletePernah viral kopi santan di sini beberapa tahun lalu. Saya sempat suka, tp ada juga beberapa cafe yg racikannya tak sedap 😄. Jadi memang tergantung yg membuat. Kalau dapat yg sedap, memang sukaaaa.
ReplyDelete