Nando's Menu & Harga

Nando's kali pertama Rin makan waktu belajar di Kolej MARA Banting. Kawan-kawan ajak keluar outing berbuka puasa di Alamanda Putrajaya. Memandangkan Rin tekak kampung, terkejut jugalah waktu makan ayam panggang dengan sos masam yang disediakan. Terkulat-kulat nak habiskan. 

Kali kedua cuba di Mid Valley Southkey, baru Rin dapat memahami hype Nando's dalam kalangan penggemar ayam panggang dari Afrika Selatan ni. Mungkin cara makan kena ada sedikit trial & error dari segi pemilihan jenis perapan ayam & campuran sos peri-peri. 


Rin pesan set "Feast for 2" around RM70 yang merangkumi 2 x 1/4 ekor ayam, 3 sides, 1 dessert dan 2 air. Ayam Rin pilih perapan lemon & herb sebab nak makan dengan anak, size ayam ok decent sebab ada orang kata saiz makin lama makin kecil. Ayam panggang juicy, bahagian isi pun lembut tak kering. 

Menu & Harga

Cheesy pita purposely pesan untuk Adam. Rin, husband dan Aleena makan Mediterranean rice yang ramai orang share resipi di TikTok. Kalau ikutkan set ni, boleh dapat sayur/fiber juga, boleh pilih nak salad atau coleslaw. 

Actually Rin tersilap order chips, sebab husband memang tak kenyang dia kata makan kali ni. Kena order nasi juga satu portion untuk dia. Anyway, you guys selalu order apa dekat Nando's? Mind to share.


Untuk air memang bottomless, so boleh refill. Kami ambil coke zero tak silap waktu ni. Tapi mesin air mereka rosak, jadi kena minta staff ambil over the counter. 

Sos peri-peri pula Rin cuba semua level pedas, nak tengok mana yang kena tekak. Boleh campur sos garlic dan hot, sedap bagi Rin. 

Mango passion fruit mochi sebagai dessert penutup hidangan, ok not bad. Mochi kenyal, inti masam manis. 

Rin baru tahu Nando's dah ada di Batu Pahat Mall. Rin tak sure sama ada mereka akan buka di Kluang Mall atau tidak sebab Kenny Rogers pun tak dapat bertahan dekat sini. Dari segi harga ada yang berpendapat Nando's agak mahal tapi sesekali nak cuba ok sahaja. 

Post a Comment

0 Comments