Siapa nak makan nasi ayam murah mesti dah familiar dengan promosi The Chicken Rice Shop setiap 18 hari bulan. Rin baru first time guna voucher ni di aplikasi SedapZ.
Masa datang TCRS, duduk dulu scan QR order dan pilih nasi sahaja (RM3.00) ataupun hidangan lain. Submit order sebab nak masukkan nombor meja dalam sistem.
Lepas tu Rin pergi cashier dan redeem voucher RM1.80 di aplikasi SedapZ baru nanti staff update order. Ada 3 pilihan ayam Rin pilih soy sauce.
Tak tahulah nasib Rin malam ni dapat semua bahagian kepak dan isi, tak ada drumstick pun huhu. Kalau nak pilih drumstick ada extra charge pula tu. Common la ek.
Actually Rin tersilap order single combo meal berharga sekitar RM12, tu yang terlebih ayam tu. Kalau nak lagi jimat order nasi sahaja pun ok dah.
Husband nak rasa wantan mee dekat sini. Dia pilih steamed chicken. Sambal yang disertakan sekali tu rasa agak strong tapi bila dah gaul dengan wantan kicap dan ayam jadi rasa sedap.
0 Comments