Pergi mana-mana kopitiam di Kluang, nasi lemak antara menu yang Rin akan cuba. Sebab semua bangsa suka nasi lemak, jadi kopitiam akan all out pada resipi nasi lemak mereka.
Tengok saja pada persembahan nasi lemak Tea Garden, lengkap condiment dan side dish. Siap ada extra acar sayur (ada kacang tanah).
Nasi wangi dan cukup lemak bersantan. Sambal pedas, seimbang masin, manis sederhana sayangnya kena add on kalau nak lebih. Untuk Rin memang tak cukup, kuat makan sambal.
Tea Garden siap botolkan sambal nasi lemak mereka dan komersialkan. Jadi mereka sangat yakin ye dengan resipi warisan 20 tahun sambal sikmak. Mereka slow cook sambal selama 7 jam.
Ayam goreng salutan tepung nipis tapi rangup. Isi masih juicy. Berbanding dengan Kluang Rail Coffee, di sana mereka bagi boneless chicken thighs.



4 Comments
Nasi lemak yang ada rasa santan itulah yang orang cari. Saya kadang-kadang jumpa nasi lemak macam nasi biasa saja.
ReplyDeleteAiiiiih nampaknya hrs saya coba juga nih 😄. Saya sekeluarga sukaaa nasi lemak. Tiap ke Malaysia pasti yg dicari Nash lemak . Sebenarnya di Johor nasi lemak fav saya nasi lemak atas bukit. Tp boleh lah coba nasi lemak yg lain juga
ReplyDeleteNasi lemak kalau cukup bahan semuanya ditambah bau santan yg lemak dan daun pandan mmg sedapp huhuu
ReplyDeleteBetul-betul peminat nasi lemak ni. Dimana-mana order nasi lemak. Nasi lemak yang bersantan tu barulah nasi lemak kan.
ReplyDeleteKalau wantan mi jenis dry tu boleh tuangkan sup dalam mangkuk besar tu. Jadilah mi wantan sup.