Gula nisan kerek atau "nisang" memang sinonim dengan Terengganu hingga wujudnya Lembah Nisang di Marang Terengganu. Kami datang pada 31 Ogos dan memang ramai gila pengunjung. Ada banyak ruang parking dan diselia oleh RELA.
Lembah Nisang
Alamat: 46C4+CH, 21600 Marang, Terengganu
Waktu operasi: 11.00 pagi - 7.00 petang, Cuti Selasa
Husband parking dekat ruang parking "luar", agak jauh juga kena jalan kaki dalam 5 minit. Nak parking depan sikit pun ok rasanya. Jalan agak kecil sebab dalam kawasan kampung/kebun kelapa. Ada banyak pokok kelapa yang digunakan untuk mengumpul nira.
Lembah Nisang ni actually ada sebuah restoran utama yang menghidangkan menu "All about Nisang" contohnya kopi nisang, egg/coin waffle, kunafa, ayam goreng korea. Kena ambil kertas order dan beratur untuk bayar. Nanti mereka panggil nombor dan pick up makanan.
Selain itu, mereka juga ada stall vendor yang lain macam pizza, dessert, mi kari, akok, celup tepung dan produk tradisional IKS. Yang ni tak perlu beratur, boleh dapat cepat kalau dah lapar.
Memandangkan cuti umum, mereka buka stall kopi, aiskrim dan egg waffle asing. Jadi tak perlu beratur di bahagian tengah restoran utama. Rin ingat cepatlah dapat tapi rupanya sejam juga beratur. CASH ONLY!
Kopi Nisang
Untuk kopi nisang RM6.00 rasa kopi mild sahaja (Rin suka kopi pahit-pahit) ok lah tak terlalu manis. Gula nisang memberikan slightly rasa berlemak pada kopi.Kopi nisang butter RM8.00 pun boleh cuba. Butter tak berketul-ketul, tekstur smooth. Cuma agak muak kalau tak pahit.
Rin ada high expectation juga sebab siapa penggemar Kenangan Latte dari Indonesia mereka menggunakan gula aren dalam minuman mereka dan rasa sangatlah sedap.
Rin mungkin akan bagi another chance untuk kopi nisang tapi mungkin cari di tempat lain.
Aiskrim Kopi Nisang
Ni adik Rin beratur sebab dia teringin nak makan aiskrim kopi nisang. Berbanding kopi, aiskrim lebih sikit level kemanisannya dan mudah cair kena makan cepat.

Untuk egg waffle ni ada nisang dan cheese. Untuk 3 pieces RM6.00 (ada SST% dalam 40 sen). Lepas tu limited 2 set je huhu. Lama tunggu sebab mesin waffle ada 3 unit sahaja. Makan panas-panas ok sedap.

Naik bot...
Honestly Lembah Nisang menang pada suasana kampung yang cantik dan dekorasi ala-ala klasik. Kemudahan pun lengkap ada tandas dan surau.Siap ada servis pusing-pusing sungai dengan bot, tambang bawah RM10. Nenek bawa Adam naik bot bagi meraikan birthday Adam 6 tahun. Yes, Adam anak merdeka 😂 Jauh sampai ke Terengganu hadiah Adam tahun ni.







2 Comments
Belated Happy Birthday Adam!
ReplyDeleteBestnya jalan-jalan naik bot tu.
Waffle tu nampak sedap.
so kalau sy ke sini kena pergi bukan time cuti laa kan hehehe
ReplyDeletewaduhhh kenapa ais krim tu nampak sedappppp