Another froyo review seperti yang dijanjikan selepas Rin review Yogulp, jenama lokal di Terengganu. Kali ni Rin cuba Legi yang baru beroperasi di Lotus Kluang.
Berbanding supermarket lain yang ada Mixue (Econsave, Target Grand), Lotus tak bawa masuk ice cream & tea outlet sebab dah ada Coolblog, Tealive & ZUS. Foodcourt mereka sendiri pun ada.
Jadi Legi jadi tempat "basah tekak" lepas shopping di Lotus especially bila bawa anak-anak.
Menu & Harga Legi
Ada 2 pilihan di Legi iaitu aiskrim susu ataupun frozen yogurt. Jadi Rin pilih small froyo 1 topping RM8. Topping Rin cuba milk chocolate. Dekat sini mereka tak ada buah-buahan, just ada pilihan crunches & sauces.
Rasa froyo masam & creamy, tekstur halus almost boleh menyaingi llaollao. Milk chocolate sauce boleh rasa good quality chocolate, tak manis sangat so balance dengan rasa froyo. Makan dengan husband & Aleena pun cukup je.
Nak rasa aiskrim 100% Musang King sayangnya mereka tak ada stok. Maybe depends pada musim durian juga.





0 Comments