Nasi Daun Pisang Restoran NSM

Masa dekat India dulu, aku suka makan seafood terutamanya di Pantai Malpe. Ikan, udang dan sotong segar dan murah. TInggal pilih dan mereka akan gorengkan terus di situ, boleh minta nak pedas atau tidak sebab mereka seasoning dengan rempah garam masala.

Jika kami tidak ke restoran Muslim, kami akan pilih seafood atau makanan vegetarian. Begitu juga jika nak beli biskut di kedai runcit, kami pilih yang ada cop warna hijau (vegetarian). Kalau teringan nak makan ayam, ada kedai makan yang memang ambil dari pusat sembelihan ayam yang halal. 

Bila dah balik Kluang, kalau teringin nak makan nasi daun pisang mesti pergi makan di NSM.


Nasi Daun Pisang Restoran NSM 📍24, Jalan Station, Kampung Masjid Lama, Kluang


Kuah dal mesti bagi banjir baru ngam!


Ayam paruval dan kari kambing.


Chutney kelapa




Lauk tak fancy sangat lah macam sotong ke, udang atau ketam tapi yang available cukup sedap untuk dinikmati. Aku tak sure diorang ada peria goreng ke tak sebab selalu makan dah lewat petang. 

Selain daripada hidangan nasi daun pisang, mereka turut sediakan puri, idli, tosai dan chapati. Available dari pagi sampai ke malam kecuali idli. Aku suka makan tosai dengan kentang cicah chutney kelapa, memang padu. 


Puri dia jangan main-main, memang besar!




Post a Comment

2 Comments