Review Subway Black Pepper

Subway Black Pepper ni diorang keluarkan semula sempena Chinese New Year bermula Januari hingga hujung Mac ni sahaja. Boleh pilih nak ayam atau daging. 

Subway Black Pepper Beef 

Aku beli footlong RM18.00 tambah RM4.85 untuk air dan 2 cookies. Aku ingat nak rasa biskut pandan tu tapi dia kata harga lain ceh. Daging dan sos black pepper tu dia asing taw, aku ingat dia dah marinate sekali ke. Ni apa yang aku pilih: 

  • roti parmesan oregano
  • Sayur lettuce, bawang, tomato, olive dan pickles
  • Sos dia bagi black pepper, aku tambah spicy mayo dan red pepper. Memang pedas. Husband kata dia suka combination yang aku buat ni, ada pedas ada manis
Mula-mula dia nak terus bungkus taw. Nasib baik aku cakap potong dua, naya nak makan panjang gitu. Lagipun nak makan dengan husband kan. But honestly rasa macam beef tu sipi-sipi je dia letak haha... compare kalau beli 6-inch nampak banyak. Overall puas hati sebab daging tu lembut, juicy dan pedas. 


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Aritue pergi dah habis stock, okay kena repeat Subway for my breakfast la today, hopefully ada yang Black Pepper ni lagi..

    BalasPadam

Close Menu