Review Makanan Arab Restoran Bandar Hadhramaut | UTHM, Parit Raja

Hye guys. Bila dah jemu di Kluang, aku memang akan jalan ke Parit Raja. Disebabkan Parit Raja merupakan bandar pendidikan kerana adanya UTHM dan beberapa kolej yang lain, pembangunan di sini lebih meriah. 

Banyak outlet F&B yang terkenal mula menapak di sini seperti Family Mart, Richiamo Coffee, Secret Recipe dan Tealive. Selain itu, ada Tesco yang kini dah berubah wajah kepada Lotus. Kali ini aku nak review restoran Arab pula. 


📍12,Jalan Universiti 4,Parit Raja,Batu Pahat

Ada 5 jenis nasi yang disajikan di sini:

1. Mandy
2. Kabsah 
3. Zurbian
4. Maqlobah 
5. Mathqhout

Secara amnya boleh pilih nak ayam ataupun kambing. 


Chicken Akdah - Akdah ialah ayam yang dicarik dan dimasak bersama sayur seperti lobak, kentang, tomato dan rempah-ratus. Dihidang bersama nasi mandy, sambal dan sup. Sedap, tak pedas dan mudah nak makan sebab tak ada tulang hehe.

Beef Akdah - sama macam chicken akdah tapi yang ni daging lembu. Nasi mandy yang dihidang sangat fluffy dan flavourful. Ada sedikit rasa manis rempah.


Lamb Zurbian RM20 - Honestly lagi prefer nasi mandy. Tak minat sangat rasa zurbian ni huhu. Main pilih je time ni, tak kenal pun nasinya macam mana. 


Kambing lembut dan sangat banyak dalam satu hidangan. 



Lamb Haneeth RM20 - Haneeth ni cara masak slow-roasted sampai daging betul-betul empuk dan terpisah dari tulang. Memang sedap. 


Portion banyak boleh kongsi 2 orang. 


Hummus pula ialah kacang kuda yang dicampur tahini (pes bijan), lemon, bawang putih dan minyak zaitun. Rasa berlemak dan manis zaitun memang kena.


Barbican penyelamat bila masing-masing dah kekenyangan tapi nasi masih banyak.



Beli Chicken Shawarma sebab teringat makan dekat India. Tapi garlic sauce dekat sana lagi sedap. Masih mencari rasa yang sama. 



Caramel pudding rasa macam dadih sahaja hehe. Rasa rugi sebab ada je dessert arab yang lain tapi dah terlalu kenyang untuk cuba. 


Overall...

Portion banyak dan ada option untuk makan dulang secara bersila juga. Harga berpatutan sebab boleh share 2-3 orang satu hidangan berharga RM20. Sebelum ni pernah makan nasi Arab di Kluang tapi kurang rasa berbanding di sini. 

Banyak pilihan nasi Arab untuk dicuba, ingat sebelum ni Mandy sahaja sebab itu yang popular kan. Tak muak makan nasi yang disediakan, rasa light tapi cukup berperisa. 

Kambing dimasak sempurna sehingga empuk dan tiada bau yang kurang menyenangkan. Mungkin lepas ni akan cuba hidangan ayam pula. 

Servis memang terbaik, owner dan staff mesra. Boleh cakap Bahasa Melayu dan English. Bagi bapa mertua, makan di sini mengimbau kenangan mengerjakan umrah di Mekah dahulu. 

Post a Comment

4 Comments

  1. Bolehlah cuba cari bila ke Parit Raja nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh.. cik duduk berdekatan juga ye.. sini meriah banyak kedai makan. Hehe..

      Delete
  2. telan air liur tgk nasi arab sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap, saya ingat nak rasa nasi lain juga. Kebab pun ada..

      Delete