Makeup Raya Simple Silkygirl Drugstore

Dah hampir 2 tahun tak beraya, nak raya kali ni mesti nak makeup sikit la kan, baru segak berseri. Masa aku mula belajar makeup, Silkygirl antara brand yang paling banyak aku cuba. Mostly sebab Youtube video yang aku tengok pakai Silkygirl terutamanya untuk beginner. Walaupun murah lagi-lagi bila Watsons atau Guardian buat 50% sale, hasil makeup dari Silkygirl ni not bad tau. Aku ada campur sikit brand lain tapi senang nak cari sebab makeup drugstore juga. 

Step Makeup Raya

Primer 

Orang selalu kata prep muka sebelum makeup kan, maksudnya cuci bersih guna cleanser, pakai moisturizer dan sunscreen. Lepas dah kering, pakai Instant Pore Fix Primer atau guna sahaja Rimmel Insta Fix & Go 2in1 Primer & Settting Spray.

makeup raya simple

Eyebrow

Sambil tunggu primer kering, kita buat kening dulu. Aku suka pakai Hi-Definition Brow Liner (04 Natural Brown) ni sebab dia macam ada wax untuk setkan bulu kening aku yang lebat ni. Hujung pensel tajam untuk lukis shape kening atau lukis bulu halus. Satu lagi warna dia soft dan nampak natural. Aku selalu layang-layangkan dan kemaskan dengan spoolie sahaja. Elakkan terbuat kening sinchan ok. Kalau nak extra, boleh guna Fix It Liquid concealer (02 Natural) untuk kemaskan bawah kening. 

makeup drugstore

Foundation

Untuk foundation, boleh guna powder atau liquid. Magic All-in-One Powder Foundation (05 Natural Tan) ni selalu guna harian sahaja, sekadar untuk hilangkan shine kulit aku yang berminyak ni tapi tak tutup parut. Untuk makeup raya aku guna Magic BB Cushion (04 Warm Natural) sebab coverage dia bagus untuk tutup parut jerawat dan sekatakan tona kulit dalam masa yang sama lighweight. BB cushion ni dah ada span sekali so sangat senang nak apply. Sekali tekap sahaja boleh cover pipi dan dahi. Bakinya letak area bawah mata, hidung dan smile line. Jangan tebal sangat area ni.

Loose Powder 

Kalau pakai BB cushion, set sikit dengan loose powder guna berus supaya foundation lebih tahan lama. Silkygirl dah ada keluarkan loose powder tapi berwarna. Aku biasa guna Catrice Nude Illusion Loose Powder (Transparent Matte), dia tak berwarna jadi tak takut terputih/tergelap ke. Boleh juga guna No-Sebum Blotting Pack untuk set makeup dan touch up. Sesuai sangat untuk muka oily macam aku ni sebab dia serap minyak.

Eyeshadow

Ni part yang paling best sebab boleh bermain dengan colour. Untuk nampak natural pilih warna brown dan merah. Jangan letak biru atau hijau pula hehe. Dah pilih satu warna matte, letak pula warna shimmer baru cantik. Red Velvet Eye shadow palette ni paling best sebab boleh guna untuk fungsi lain juga seperti blusher, contour.



Eyeliner/celak

Untuk mata boleh guna Perfect Stay 20Hr Eyeliner, yang ni hasilnya smudge macam tu dan tak nampak garang. Fungsinya untuk define mata lebih kemas bila pakai mascara nanti. Letak di eyelid atas sahaja, eyelid bawah jangan usik nanti nampak comot. Kalau nak wing, aku biasa guna Maybelline Hypersharp Liner. Untuk part mata ni memang kena praktis lebih, jangan pagi hari raya baru nak buat ye hehe.


Mascara 

Sebelum pakai mascara kepit bulu mata dulu pakai eyelash curler lebih kurang 10 saat. Lepas tu pakai Big Eye Collagen Waterproof mascara macam biasa. Kalau nak kepit lagi pun boleh. Boleh pakai untuk bulu mata atas dan bawah sebab spoolie ni sedikit tirus. Aku suka mascara ni sebab tak comot atau bergumpal. Ada sikit effect lebat dan lentik.


Blusher 

Jelly Cheek Tint ni ada 3 warna Lollipop, Gelato dan Popsicle. Aku biasa pakai warna peach iaitu Popsicle. Senyum untuk naikkan pipi dan apply blusher. Guna blusher pakai berus dan boleh tambah sikit demi sikit untuk lebih terang. Ada sedikit shimmer dekat blusher ni. 


Contour dan Highlight

Untuk elak muka nampak flat kita akan contour dan highlight. Hidung pun boleh mancung guna teknik ni. Kita buat light je, kalau kurang tambah. Boleh guna Rimmel sculpting palette ni ada 3 fungsi terus termasuk blusher. Aku suka pakai Wet n Wild Megaglo Highlighting Powder untuk highlight.




Lipstick 

Untuk lipstick boleh pilih nak matte, glossy atau nak ombre ala-ala korea. Aku suka OMG Powder Matte Code 02 Mocha, colour nude yang sesuai untuk kulit aku.Moisture Rich Lipcolor ni pula memang terang warnanya especially code 05 dan 06, sesuai untuk bibir yang cepat kering dan merekah. Warna ni kurang sesuai sikit dekat aku. Gen Matte Lip Cream pun aku suka especially code 07 Rose Latte.

Setting spray 

Finishing guna Setting Spray untuk lock makeup lebih tahan lama. Actually aku suka setting spray dia sebab dia macam 'melt' kan makeup tu supaya blend dan nampak segar. Dah spray, statikkan muka jangan kerut-kerut sampai dia kering. Dah pakai makeup waterproof senang je nak cuci kalau ikut step double cleansing ni. 

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Nampaknya macam kena beli beberapa items sebab yang ada dah expired since PKP pakai face mask dah jarang pakai makeup, pakai setakat sunscreen je. Thanks share :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu sebab face mask kadang malas nak makeup, sebab transfer huhu.

      Padam
  2. Kita pakai make up simple jer. Biasa pakai sunscreen, tepek BB cream & bedak lepastu pakai gincu & calit kening sikit. Itu jer. Bukan apa. Nanti bersiap lama2. Ada orang bising.Ha3.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya paksa husband jaga anak haha. Raya je beriya hari lain takdenya nak bersiap hehe

      Padam

Close Menu