Tempat Menarik di Batu Pahat

Aku sempat beraya dengan atuk dan nenek di Muar masa hari raya lepas. Cadangnya nak pergi berjalan sekali. Dua tempat utama yang aku pergi adalah Old Street dan Batu Pahat Mall. 

Old Street Commercial Centre 📍Jalan Parit Besar, Batu Pahat 

Antara kedai yang kami sempat singgah di Old Street ialah Skechers dan Al-Ikhlas Gajet. Ada juga butik baju dan pejabat selain daripada cafe. Family Mart, Llaollao, CBTL, Subway antara yang ada dekat sini. 


Sky Park ni pernah viral kan. Aku ingat ada kedai makan dalam booth minion tu, rupanya arcade. Banyak claw games dan ada mini merry-go-round. Boleh naik atas guna tangga, free entrance. Lif rosak masa kami datang, susah sikit kalau bawa stroller. 

Dekat atas ni ada kelas zumba/fitness dan pub. 


Sky Park ni memang famous untuk OOTD. Satu bahagian lebih kepada tema fun untuk kanak-kanak. Satu lagi bahagian untuk couple/wedding photoshoot tapi aku tak pergi situ, panas dah haha. Ketibas! 

Batu Pahat selalu champion kedai-kedai famous macam Family Mart buka di sini dulu sebelum Kluang. So aku ingat nak pergi makan dekat KFry. Ramai sangat, lama nak tunggu. 

Naik atas ada KOKODAK, buffet Korea juga tapi dah fully book. Ramai celebrate raya makan luar kali ni plus gathering dengan kawan-kawan.

Tiba-tiba teringat ada 4Fingers dekat-dekat area situ. Dari luar nampak kosong, happy dah. Rupa-rupanya ayam tak ada stok! Patutlah orang tak ada... Jeng. Jadi aku decide makan di Batu Pahat Mall sahaja. 


Batu Pahat Mall 📍Jalan Kluang, Batu Pahat

Dulu Kluang ada outlet Mee Tarik Warisan Asli ni tapi bertahan sekejap je. Aku suka makan dekat sini sebab mee tarik dibuat segar dan springy. Broth untuk mee sup pun sedap, refreshing bila hirup tu. 

Cuma kali ni aku tersilap order beef cumin ni, rasa rempah kuat dan agak terganggu bila makan tu. Harga dalam RM13-RM15 untuk portion yang besar bagi aku. Aku perasan ramai juga customer yang order hidangan lauk dan nasi. Mungkin boleh cuba lain kali.



Lepas kenyang makan mee, dessert time! Aku bersyukur sangat jumpa kiosk ni sebab dah lama craving croffle ni. 

Aku order creamy strawberry dan biscoff croffle dengan harga RM8++ setiap satu. Ada tambahan RM3 untuk strawberry saiz besar.

Rasa croffle ni crunchy dan teksture croissant masih lembut dan buttery. Fresh cream yang digunakan memang premium, tak rasa muak dan manis sederhana. Sedap bila gigit dengan strawberry yang sedikit masam.



Di BP Mall ni ada Habib dan Pohkong. Selain tu ada Sembonia dan Carlo Rino. Yang lain Kluang Mall pun ada. Jalan-jalan cuci mata sahaja. Next time mungkin nak cari kedai makan mee bandung dan briyani ataupun cafe-hunting di sekitar Batu Pahat. 

Post a Comment

6 Comments

  1. dulu kalau pergi batu pahat nak makan mi racun je sekarang dah ada several places yang menarik. comel je kedai dekat old street commercial centre tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak rasa mi racun juga la nanti. Ramai review kan

      Delete