Peminat Ayam 8 Lada mesti gembira bila Texas Chicken keluarkan semula Fire Dragon Burger ni. Nama pun 'fire' memang pedas! 'Dragon' pula merujuk kepada size burger yang besar.
Fire Dragon Burger
Ada 3 pilihan untuk menikmati Fire Dragon ni iaitu Fire Dragon Burger, Fire Dragon Monster Burger dan Fire Dragon Wrap.
Aku beli Fire Dragon Burger Set A yang merangkumi crisper (kentang wedges) dan soft drink.
Tahap kepedasan memang boleh dijangkakan sebab aku dah pernah review Ayam 8 Lada sebelum ni. Hampir-hampir rasa seperti sos samyang Korea.
Tapi coleslaw berjaya seimbangkan rasa pedas ditambah pula dengan sekeping cheese. Kepingan thigh ayam pula crispy dan juicy.
Aku hampir give up nak habiskan satu burger yang besar ni. Tak dapat bayangkan kalau makan yang Monster punya.
Sebab pedas sangat aku keep minum coke zero untuk legakan tekak. End up penuh dah perut dengan air haha.
Bagi aku berbaloi harga burger dengan kepuasan yang kita dapat bila makan Fire Dragon Burger ni.
4 Comments
Belum pernah cuba. Dah singgah Texas. Tapi bila cakap macam Ayam 8 Lada, rasanya boleh bayang macam mana rasa burger ni.
ReplyDeleteYes memang berapi!
Deletedah lama tak makan texas, tak tahu pula ada menu baru. Boleh try ni hehe
ReplyDeleteTry taw wak hehe
Delete