Bila datang mood adventurous, aku akan ajak keluarga makan kedai baru. Biasalah akan jadi "hit or miss". Jadi aku pergi cuba makan di Dapur Wan Dolah yang menyajikan hidangan Pantai Timur.
Dapur Wan Dolah 📍 No. 4, Jalan Idaman 4, Taman Idaman, Kluang
Waktu Operasi: 10.30 pagi hingga 10.30 malam, Cuti Jumaat
Facebook: Dapur Wan Dolah
Teh Beng Madu adalah salah satu reason untuk aku datang sini. Memandangkan husband suka minum teh ais, aku nak dia rasa. Dia approved teh beng madu ni! Kena selera dia, tak terlalu manis dan memang kaw. Bandung Soda pun sedap.
Tak silap aku nasi kerabu ada sambal tumis merah, tapi ni dia bagi sambal hijau pedas. Sambal budu aku tak pasti dia letak ke tak. Serunding/sambal ikan tak cukup padu. Tengoklah sayur apa yang dia bagi. Solok lada pun tak ada. Sedih...
Nasi Ayam Cincang ni ala-ala nasi Kak Wok boleh aku katakan. Dihidang bersama gulai dan sambal belacan yang memang pedas. Telur dadar add on. Bagi aku sedap tapi spoil sikit ayam sedikit masin.
Dekorasi yang moden serta ruang makan selesa dan luas.
Memandangkan harga ayam dan minyak naik mendadak, aku faham keadaan peniaga sekarang. Nak naikkan harga tak apa, tapi jangan kurangkan kuantiti atau kualiti ye.
2 Comments
aduyai terpikat sungguh mama tgk air dia. dah le teh masu mmg fav mama
ReplyDeleteRasa order secawan tak cukup tapi time tu dia kata ni last haha
Delete