Pengalaman mengandung dapat GDM dan bersalin C-section pagi Merdeka!

Alhamdulillah, permata hatiku Adam menginjak usia 2 tahun pada 31 Ogos 2022. Mengikut perancangan nak tengok perarakan merdeka di Kluang Mall tapi tak sampai hati nak kejut Adam awal sangat. Tambahan lagi aku kena hantar tempahan kek batik indulgence ke rumah ibu dulu.  Sempat tengok askar bertempur tanpa senjata, itupun dari jauh. 

Lepas tu terus masuk Secret Recipe, jadi customer yang paling awal lebih kurang pukul 10.15 pagi. Baru tahu menu memang terhad kalau kedai baru buka. Ais pun tak sampai lagi. Nasib baik tunggu kejap, dapat order iced latte. Makanan yang ada chicken grill dan 2 jenis pasta sahaja. 

2 kek coklat iaitu Chocolate Brulee dan Chocolate Cheese sedap sangat. Sedikit rasa menyesal pilih Red Velvet sebab muak dengan frosting cheese yang agak manis. 


Barista ni ngantuk lagi rasanya hehe. Cappuccino art agak messy tapi rasa sedap husband bagitahu. Iced latte pun ok. Chicken grill dengan sos black pepper sedap, ayam juicy dan cukup rasa perapannya. Salad rasa refreshing, dressing lemon! 




Pengalaman Mengandung dan GDM

Actually, bila mengenang pengalaman mengandungkan Adam emosi aku bercampur-baur. Tak semanis orang lain, tetapi bila bandingkan dengan orang yang lagi berat ujiannya, aku rasa lebih bersyukur dan mudah untuk redha. 

Selepas berkahwin, aku dan husband TTC (trying to conceive) hampir 2 tahun sebelum dikurniakan Adam. Aku akui mungkin stress bekerja dan gaya hidup yang kurang sihat menyebabkan aku lambat mengandung. Selepas berhenti bekerja di 7-Eleven sebagai manager dalam 5 bulan lepas tu aku disahkan hamil pada 12 Januari 2020. Dalam masa yang sama aku baru nak bekerja di syarikat husband sebagai kerani. 

Ujian pertama adalah morning sickness yang teruk selama hampir 4 bulan. Aku gagahkan diri juga untuk bekerja walaupun kerap muntah. Terseksa sebab tekak haus tapi pantang minum air memang akan keluar semula. Makan biskut kering dan buah, keluar juga. Memang turun berat time ni tapi tak sampai dehydrated kena drip. Akhirnya aku ambil keputusan untuk berhenti selepas sebulan bekerja. 

Duduk di rumah, alahan masih sama mual dan muntah. Tak boleh bau perfume atau bau masakan. Walaupun terseksa, aku yakinkan diri bahawa ini adalah tanda kandungan makin kuat dan janin membesar dengan baik. Aku ambil folic acid dan iron waktu malam sebelum tidur untuk elak muntah semula, it worked for me. 

Ujian kedua, aku disahkan mempunyai GDM (Gestational diabetes mellitus) sebab lepas minum air gula, ujian darah tak cantik. Cabarannya ialah waktu ni aku dah start boleh makan, selera dah ada dan tak muntah. Masuk bulan Ramadan pula. Makan minum tak terkawal. Akibatnya aku kena cucuk insulin dekat perut! Oh no malunya haha. Makin kerap datang klinik 4 kali sehari untuk BSP (Blood sugar profile).

Sedikit terkilan waktu ni sebab aku tanya doktor patut tak puasa. Doktor hanya bagi pandangan ikut kemampuan dan terserah. Macam guilt trap taw. Memandangkan aku ambil insulin agak bahaya untuk berpuasa sebab boleh jadi aku hypoglycemic dan bahaya untuk janin. Bila puasa aku tend untuk makan banyak waktu berbuka dan spike level gula (hyperglycemic). Pengajarannya, ada rukhsah untuk tidak berpuasa dan boleh diganti bila mampu nanti. Don't force or compare yourself with other people. 

Pengalaman induce dan bersalin C-section 


Memandangkan aku ada GDM, 38 minggu dah kena serah diri untuk IOL (induction of labour) kurangkan risiko bayi terlalu besar. Sedikit kelakar waktu ni sebab ibu ikut sekali nak teman aku bersalin. Kiranya dia nak solat hajat dekat bawah tanpa dia ketahui yang aku akan duduk hospital selama hampir seminggu! 

Aku anak pertama yang berkahwin dan bersalin, waktu ni PKP pula tu. Prosedur pun dah lain. Bersyukur waktu ni aku tak perlu ke Hospital Batu Pahat untuk bersalin sebab Hospital Kluang (HEBHK) adalah hospital Covid-19. Dah la husband tak dapat teman.

Aku kena induce dari level 1 sampai la level bos (perumpamaan aku haha). Bukaan segan-segan waktu ni dari 2cm ke 4cm sahaja. Start dari masuk prostin dan masuk belon (Foley) bermula 29/8/2020 hinggalah 30/8/2020. Sebelum masuk belon aku masih boleh berjalan untuk aktifkan bukaan. Lepas masuk belon aku tak tahan sangat sakit contraction dan terbaring sampai tak sempat jamah makanan. 




Malam 30/8/2020 aku dah ditolak ke dewan bedah dipecahkan ketuban dan diberi drip Pitocin. Sampai ke Subuh bukaan tak lebih dari 4 cm. Contraction kerap tapi laluan tak buka. Doktor bagi option untuk tunggu lagi atau C-sect sebab dah terlalu lama. Actually aku terdengar orang menjerit menangis teran dekat bilik sebelah dan kena marah dengan nurse. Aku memang tak larat nak push sebab tak makan semalam dan tak tidur menahan sakit. Aku takut jadi macam orang sebelah jadi aku call husband dan decide untuk c-sect. 

Serious memang aku tak ready for both bersalin normal atau c-sect. Teknik pernafasan ke exercise ke memang tak cukup practice. Pengajaran untuk pregnancy kedua, at least nak masuk kelas/belajar proper untuk berjaya VBAC. 

Akhirnya aku bersalin secara c-sect selepas subuh pada 31/8/2020. Alhamdulillah waktu dekat hospital ni, ada 2 orang kawan dari high school yang jadi doktor bertugas pantau aku dan Adam di NICU. 


Pengalaman selepas C-section 

Adam ditahan di NICU untuk monitor level gula sebab aku ambil insulin kan. Waktu ni aku tak tahu yang aku boleh perah susu untuk bagi nurse dan hantar ke bawah. Aku ada bawa milk collector dah tapi disebabkan sakit lepas operate aku hilang fokus time tu. Pergerakan pun agak terbatas. Lepas sehari macam tu, baru Adam dapat naik atas dan menyusu. Sempatlah aku urus diri sendiri, mandi dan rehat kejap lepas operation. Gagahkan diri bangun walaupun sakit. 

Jangan gelakkan aku ok, aku tak bawa taw bekal thermos, serbuk air 3-in1 atau biskut. Sebab aku kan ada GDM, memang compliance dengan menu hospital dan langsung tak makan makanan luar sebab nak jaga level gula. Tapi aku tak fikir lepas bersalin lapar betul malam-malam sebab kena menyusukan Adam. 

Dapat jiran orang Cina yang sangat baik bagi sepeket nestum untuk aku bancuh dengan air biasa haha. Kami dapat bilik special ada aircond yang sejuk gila (tak ada remote untuk adjust suhu) dan tandas busuk sebab pad bersepah. Stress dan seram! Kena tukar bilik sebab nak bagi katil untuk admission baru. Mak mengandung lagi penting dari mak yang dah bersalin ye. 

Hari nak discharge, doktor kata luka elok boleh balik ialah pada 2/9/2020 dan bacaan gula dah normal semula. Tiba-tiba doktor kata Adam nampak kuning dan kena ambil darah. Kemungkinan kena tahan di NICU dan aku balik dulu. Aku masa ni dah bergenang air mata dan terus menangis. Yang buat lagi geram dan sedih bila doktor tu kata aku tak menyusukan Adam sebab tu kuning. Dia tak tahu aku tak lena tidur semalam Adam kerap terbangun nangis. Lama aku menangis, habis dah tisu dan tak boleh stop. Sensitif betul time tu, orang kata postpartum blues. Kalau tak jaga betul-betul boleh jadi postpartum depression atau lebih dikenali sebagai meroyan. 

Lepas tu husband datang ambil, itupun delay sebab tunggu result darah Adam lambat keluar. Kemas katil kena cepat ye, tapi urusan hospital lambat huhu. Biasalah government kan. Bersyukur sangat caj tak mahal sangat sebab subsidi. Balik tu ibu dah pelik lamanya dekat hospital haha. Terima kasih ibu tolong masak dan mandikan Adam. 

Lepas c-sect, aku kena ambil suntikan Heparin selama 10 hari untuk elakkan darah beku. Aku tak cucuk sendiri sebab takut, jadi pergi klinik untuk doktor cucukkan. Adam kena jaundice, alhamdulillah dalam 2 minggu hilang dah kuning. Luka c-sect kering dan bercantum dengan baik, cara aku guna hair dryer. Ada orang guna tisu atau kipas. Aku lebihkan makan buah yang tinggi Vitamin C macam jambu batu. Family aku tak ada pantang pelik-pelik, janji cukup minum dan makan untuk menyusukan Adam. 

Journey mengandung dan bersalin sangat mencabar, tapi Allah bagi mudah jaga Adam 6 bulan pertama. Adam senang diurus, sampai sekarang masih breastfeed. Tidur tak ada masalah sebab aku dapat apply sleep training sempat belajar masa mengandungkan Adam. Aku pun dah bebas diabetes bila buat ujian darah semula di KK. Alhamdulillah. 

Terima kasih jadi anak yang baik. I love you Adam, happy 2nd birthday, may Allah always bless you. 


Post a Comment

0 Comments