Bila Bilal tak sihat, Neelofa tampal Tasneem CF-Patch

Aku memang dah guna produk-produk Tasneem Naturel sejak Adam lahir pada tahun 2020 seperti CF-Rub dan T-Rub sebagai alternatif untuk legakan kembung perut dan selsema. Alhamdulillah dekat Kluang memang ada stokis yang aku sentiasa contact waktu "emergency" kalau anak tak sihat. Rupa-rupanya Neelofa pun pengguna Tasneem bila Bilal sakit. Neelofa guna Tasneem CF-Patch untuk legakan batuk dan selsema Bilal. 

tasneem-cf-patch


Tasneem Patchure

Tasneem Naturel baru keluarkan produk baru iaitu Tasneem Patchure, "wicis" terdiri daripada CF-Patch dan Sleep Tight Patch. Satu perkara yang buat aku percaya dengan Tasneem adalah kerana bahan yang digunakan adalah semulajadi serta mendapat kelulusan FDA. Jangan risau pelekat herba ni tak berbau kuat pun hingga buat bayi dan ahli keluarga lain tak selesa.

Tasneem CF-Patch 

tasneem-cf-patch

Tak ada ibu bapa yang tak risau bila anak selsema. Dah la bayi tak reti hembus hingus lagi. Selain guna sterimar dan nasal aspirator, boleh usahakan guna CF-Patch ni kerana kegunaan CF-patch adalah untuk mengurangkan batuk dan mengeringkan hingus. Selain itu, CF-patch juga membantu lancarkan pernafasan dan menurunkan suhu badan ketika demam. 

Baca juga: legakan selsema dengan sterimar


Kebaikan CF-Patch

  • Kandungan herba dalam CF-Patch dapat mengatasi batuk yang sering menyakitkan dada anak kecil dengan menurunkan suhu panas tekak yang menyebabkan batuk. 
  • CF-Patch dapat mengeringkan hingus yang sering terkumpul di dalam hidung lalu menyukarkan anak bernafas memandangkan mereka masih tidak pandai menghembus hingus dan perlukan bantuan. 
  • Patch herba ini juga dapat mencairkan kahak yang tersekat di kerongkong justeru tiada lagi batuk berkahak, sakit tekak dan kurang selera makan. 
  • CF-Patch melancarkan pernafasan kerana herba ini juga bertindak untuk menyingkirkan toksin dalam badan dan melegakan paru-paru. 
  • Jika anak demam, CF-Patch membantu menurunkan suhu badan dan mengeluarkan haba panas yang terperangkap di dalam badan dengan pantas.

Kandungan CF-Patch

  • Tendrilleaf & Chekiang Fritillary Bulb 
  • Akar Indigowood & Whiteflower Hogfennel Root 
  • Heartlef Houttuynia Herb 
  • Pepperweed & Apricot Seed

Cara tampal CF-Patch

  • Buka pelekat utama 
  • Buka pelekat berbentuk bulat
  • Tampal pada bahagian depan dan belakang dada

Tasneem Sleep Tight Patch 

tasneem-sleep-tight-patch


Sleep Tight patch ni pula untuk bagi anak-anak tidur nyenyak di waktu malam dengan mengurangkan rasa resah gelisah. Jadi dapatlah kurangkan terjaga pukul 3-4 pagi supaya mama dan papanya boleh tidur nyenyak juga. 

Kebaikan Sleep Tight Patch 

  • Penggunaan patch ini dapat mengatur kitaran tidur yang lebih baik untuk anak kerana mereka memerlukan tidur yang cukup untuk membesar dengan sihat sekurangnya 11-14 jam sehari termasuk tidur siang. 
  • Tidur yang nyenyak dengan patch ini membantu anak menyimpan memori dengan lebih baik dan mudah untuk belajar. 
  • Anak juga dapat tidur yang nyenyak dan berkualiti kerana herba ini melancarkan peredaran darah, melegakan saraf dan mengurangkan keradangan. Anak dapat tidur dengan selesa dan mendapatkan mood yang baik ketika bangun. 
  • Sleep tight patch juga dapat mengurangkan keresahan yang menyukarkan anak untuk tidur. Herba yang digunakan dalam memberi ketenangan dan bersifat anti-depresi. 
  • Kalau anak sering terjaga di antara waktu tidur, penggunaan sleep tight patch dapat mengurangkan episod terbangun di tengah malam. 
  • Jika anak demam, tampalkan sleep tight patch kerana ia dapat meredakan sakit badan dan menurunkan suhu panas juga. 

Kandungan Sleep Tight Patch

  • Thinleaf Milkwort & Silk Tree Albizia Bark  
  • Amber & Raw Dragon Tooth 
  • Spine Date Seed & Caulis Polygoni Multiflori 
  • Angelica Dahurica & Lotus Plumule

Cara tampal Sleep Tight Patch

  • Pastikan tangan kita dan badan anak dalam keadaaan kering
  • Buka plastik pelekat 
  • Tampal pada titik akupuntur seperti di bahu, belakang dan pinggul
  • Boleh pakai sehingga 6 hingga 8 jam sehari
Guna produk Tasneem patchure memang mudah sebab tak leceh dan selesa untuk anak. Gamnya pula tak melekat kuat jadi senang nak tanggalkan nanti. Bahan herba yang digunakan pula selamat dan diiktiraf. 

Harga Tasneem Patchure 

  • CF-Patch RM25 untuk 6 keping 
  • Sleep Tight Patch RM25 untuk 36 keping
Jangan risau sebab Tasneem tengah buat agihan percuma 5000 patchure untuk diedarkan di seluruh Malaysia secara rawak sepanjang tahun 2023. Boleh isikan maklumat di website mereka. 

Latar Belakang syarikat Tasneem Naturel 

Tasneem Naturel diasaskan oleh Puan Haridah Sahri sejak tahun 2016 bermula dengan balm home-made sehinggalah jualan mencecah jutaan ringgit diterajui oleh 15,000 ejen di Malaysia, Indonesia dan Brunei. Anugerah yang pernah diperoleh ialah The BrandLaurate Awards, Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia serta MDEC Entrepreneurship Award.

Produk Tasneem Naturel yang terkenal ialah CF-Rub, T-Rub, Stommy oil, Calm Time dan Sleepy Pillow Mist. Mereka turut perkenalkan produk lain seperti baby wipes, mandian bayi untuk demam dan jaundis serta produk susu kambing. 

Baca juga review balm CF-Rub 

Tasneem-balm


Website: https://www.tasneemnaturel.com/patchure/
Shop : https://www.tasneemnaturel.com/shop/
IG : https://www.instagram.com/tasneemnaturelhq/
FB : https://www.facebook.com/tasneemnaturelhq/


Catat Ulasan

4 Ulasan

Close Menu