Nasi: Resipi Nasi Goreng Khairul Aming dan Pelbagai Hidangan Nasi

Nasi dan rakyat Malaysia berpisah tiada sehingga banyak juadah nasi menjadi lambang kebanggaan negara iaitu seperti nasi lemak dan nasi kandar. Nasi putih sendiri sedap dimakan begitu sahaja dan lebih dikenali sebagai nasi campur iaitu dihidang bersama lauk-pauk tradisional. 

Bila bosan makan nasi putih, timbul idea untuk mengolah nasi menjadi nasi goreng atau nasi berempah terutamanya bila ada keramaian atau majlis istimewa. 

nasi



Nasi 

Fakta menarik dan khasiat nasi 

Nasi mempunyai khasiat dan manfaat yang penting dalam pemakanan harian kita. Di samping menyediakan tenaga dan rasa kekenyangan, nasi juga merupakan sumber karbohidrat utama yang memberi keupayaan kepada badan untuk menjalankan aktiviti harian.

Ia menjadi sumber tenaga segera kerana badan kita dapat menukar karbohidrat dalam nasi kepada glukos yang digunakan untuk aktiviti fizikal dan mental.

Nasi juga mengandungi serat yang membantu dalam proses penghadaman dan melancarkan pergerakan usus. Ia membantu mencegah sembelit dan menjaga kesihatan sistem pencernaan. 

Selain itu, nasi juga mengandungi beberapa vitamin dan mineral seperti thiamin (vitamin B1), niacin (vitamin B3), dan zink yang penting untuk fungsi normal tubuh badan.

Kalori nasi putih

Berdasarkan Piramid Makanan, cadangan hidangan nasi bagi perempuan ialah 2 senduk rata, manakala untuk lelaki 3 senduk rata setiap kali waktu makan. 

Saiz nasi putih

Kalori nasi putih(kcal)

100g

130

1 senduk rata (75g)

100

2 senduk rata (150g)

200

1 cawan (150g)

200

1 genggam

100

8 sudu makan

200

Jenis beras untuk hidangan nasi 

Terdapat beberapa jenis beras yang digunakan untuk menghasilkan nasi. Setiap jenis beras mempunyai ciri-ciri dan rasa yang berbeza, yang mempengaruhi hidangan nasi yang dihasilkan. 

Dalam budaya Melayu, penggunaan berbagai jenis beras ini memainkan peranan penting dalam kepelbagaian hidangan tradisional dan moden. Berikut adalah senarai beberapa jenis beras yang biasa digunakan:

Baca juga:

Beras putih

Beras putih adalah jenis beras yang paling umum dan sering digunakan untuk menghasilkan nasi putih yang lembut dan empuk.

Beras wangi

Contoh terkenal adalah beras Thai Jasmine dan beras Basmati. Beras jenis ini mempunyai aroma semulajadi yang wangi dan mempunyai butiran yang lebih panjang. Nasi wangi ini sering digunakan dalam hidangan istimewa.

Beras berwarna

Jenis beras seperti beras merah, beras hitam, dan beras perang mempunyai warna yang lebih gelap kerana lapisan kulit biji padi yang tidak dihapuskan. Ia mempunyai rasa dan tekstur yang berbeza daripada beras putih.

Beras pulut

Beras pulut atau ketan adalah jenis beras yang mempunyai kandungan glukosa yang tinggi dan melekit apabila dimasak. Ia sering digunakan dalam hidangan pencuci mulut dan juadah tradisional.

Beras hancur

Beras hancur mempunyai butiran yang telah dikupas kulit luar biji padi. Biasanya digunakan untuk membuat bubur nasi atau juadah lembik.

Beras organik

Beras organik ditanam tanpa menggunakan bahan kimia sintetik seperti racun perosak dan baja kimia. Ia adalah pilihan yang lebih sihat dan mesra alam.

Multigrain Rice

Beras jenis ini merupakan campuran beberapa jenis biji-bijian seperti gandum, jagung, dan bijirin lain. Ia memberikan pelbagai nutrien dan serat.

Koleksi resipi nasi Khairul Aming 

Nasi Lemak 

Bahan-bahan:

Sambal:

3 biji bawang holland 
3 biji bawang putih 
10 ulas bawang puith 
Segenggam lada kering (rebus) 
3 batang serai 
Sedikit gula melaka 
Garam secukup rasa 
Air asam jawa 
Segenggam ikan bilis (rendam air panas dan kisar)

Nasi lemak:

3 cawan beras 
1 kotak kecik santan 
Bawang merah
Halia 
Daun pandan 
Daun limau purut 
Garam secukup rasa 
 
Hidangan sampingan:

1 kg ayam 
Serbuk kunyit
Garam 
Ikan bilis
Kacang tanah
Telur 
Timun 

Cara-caranya:
  • Kisar semua bawang bersama lada kering. Panaskan minyak dan masukkan sambal bersama serai yang telah diketuk. Masak sambal hingga pecah minyak. Boleh masukkan air dan biarkan kering. Ulang proses ini 2-3 kali. 
  • Bila sambal dah pecah minyak, masukkan gula melaka dan garam serta air asam jawa. Masukkan juga ikan bilis yang telah dikisar. 
  • Bilas beras dan masukkan dalam rice cooker, letak santan, bawang, halia, daun limau purut dan daun pandan. Masukkan air mengikut sukatan biasa atau guna ibu jari, perasakan dengan garam. 
  • Boleh goreng ayam, ikan bilis, kacang dan telur. Hidang bersama hirisan timun. 

Nasi Ayam

Bahan-bahan:

1 ekor ayam 
Halia sebesar ibu jari 
3 ulas bawang puith 

Nasi ayam:

2-3 sudu besar marjerin
1 kulit kayu manis 
2 bunga lawang 
Bawang besar
Sup secukupnya 
Sedikit serbuk kunyit atau pewarna kuning
Daun pandan 

Sup:

Sup bunjut 
Air secukupnya
Garam, gula dan perasa 

Sos cili:

7 biji cili besar merah
4 biji cili padi merah 
2 sudu besar cuka 
2 sudu besar gula 
Garam

Sos Kicap:
Sup 
Kicap 
Halia dan bawang puith 

Ayam:
Kicap 
Sos tiram 
Garam 

Cara-caranya:
  • Ayam dipotong sederhana direbus bersama halia dan bawang putih yang telah dihiris nipis sehingga separuh masak lalu keluarkan
  • Ayam perap bersama sos tiram dan kicap serta sedikit garam. Bakar di dalam air fryer suhu 200℃ 10 minit
  • Panaskan marjerin dalam rice cooker dan tumis bawang, bunga lawang dan kulit kayu manis lalu masukkan beras. Masukkan sup ayam mengikut sukatan beras yang biasa (guna 1 ruas jari atas beras). Kalau beras basmathi 1 cawan beras, 1.5 cawan sup. Masak bersama daun pandan yang telah disimpul dan titiskan pewarna/serbuk kunyit
  • Campurkan semua bahan untuk sos cili dan kisar. Masak sekejap. 
  • Ambil sedikit sup dan campurkan dengan kicap serta halia dan bawang putih (asal dalam sup) yang telah ditumbuk

Nasi Hujan Panas 

Bahan-bahan:


4 cawan beras basmathi 
5 cawan air

3 sudu besar minyak sapi
1 kulit kayu manis
3 buah pelaga
3 cengkih
3 bunga lawang
1 biji besar bawang merah
3 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
2 helai daun pandan disimpul 
1 cawan susu cair
1 kiub pati ayam
1 sudu besar gula
1/3 sudu besar garam 
Pewarna merah, hijau dan kuning

Cara-cara:
  • Basuh dan rendam beras basmathi selama 30 minit 
  • Panaskan minyak sapi dan tumis 4 sekawan bersama bawang dan halia
  • Masukkan daun pandan, susu cair dan kiub serta perasa 
  • Ambil rice cooker masukkan beras yang telah ditos dan 5 cawan air serta tumisan tadi 
  • Bila nasi dah masak baru letak pewarna dan biarkan selama 15 minit sebelum digembur

Nasi Tomato

Bahan-bahan:

4 cawan beras basmathi
5 cawan air

Bahan tumis:

3 sudu besar minyak sapi
3 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih 
Halia sebesar ibu jari
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
3 buah pelaga
3 bunga cengkih

1/2 cawan susu cair
1 kiub pati ayam
4 sudu besar puri tomato
1 sudu besar gula
1/3 sudu besar garam
2 helai daun pandan disimpul 

Acar:

6 sudu besar cuka
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
Lobak
Lada merah
Bawang merah
Timun jepun

Cara-cara:
  • Basuh dan rendam beras basmathi selama 30 minit
  • Tumiskan minyak sapi dengan 4 sekawan, bawang dan halia yang telah dihiris
  • Masukkan susu cair, kiub pati ayam, puri tomato, daun pandan  dan garam, gula secukup rasa
  • Sediakan rice cooker dan masukkan beras bersama 5 cawan air dan tumisan tadi
  • Tunggu hingga masak dan lebihkan masa 15 minit sebelum buka rice cooker lalu gemburkan nasi.

Koleksi nasi goreng Khairul Aming 

Nasi Goreng Kampung 

Bahan-bahan:

Nasi putih 1 bekas polisterin 
2 ulas bawang putih 
1/2 biji bawang merah 
5-6 biji cili padi 
Segenggam ikan bilis 
1 inci belacan yang dibakar 

Segenggam ikan bilis
Isi ayam 
fishcake
Sayur kangkung 
Telur 

Cara-caranya:
  • Goreng telur dan asingkan. Goreng ikan bilis hingga garing dan letak tepi. 
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah, ikan bilis, belacan dan cili padi. Tumiskan hingga sedikit kering dan naik bau. 
  • Masukkan ayam dan fishcake, serta sayur kangkung lalu campurkan nasi dan gaul sebati.
  • Taburkankan ikan bilis goreng dan hidang bersama telur goreng. 

Nasi Goreng Belacan ala Thai 

Bahan-bahan:

Nasi putih 1 bekas polisterin 
1 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih 
4 biji cili padi 
1 inci belacan bakar

1/2 sudu besar sos tiram 
1 sudu kicap manis 
Sebiji telur 
Garam, gula, perasa 

Ayam thai:

Sebiji bawang besar 
2 ulas bawang putih
Isi ayam 
1/2 sudu sos tiram 
1 suku kicap cair 
1/2 sudu kicap pekat 
1/2 sudu sos ikan
Garam, gula, perasa 
Air bancuhan tepung jagung 

Kacang panjang 
Cili padi 

Cara-cara:
  • Dadarkan telur dan hiris nipis. 
  • Tumbuk bawang, cili padi dan belacan bakar lalu tumis hingga sedikit garing 
  • Masukkan nasi, sos tiram, kicap dan perasakan secukupnya dan ketepikan 
  • Untuk ayam thai, tumis bawang lalu masukkan isi ayam. Tambah sos tiram, kicap dan sos ikan lalu perasakan. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. 
  • Hidang nasi goreng bersama ayam thai, telur dadar, kacang panjang dan cili padi yang telah dipotong kecil. 

Nasi Goreng Bawang Putih

Bahan-bahan:

Nasi putih 1 bekas polisterin 
10 ulas bawang puith dicincang 
Udang atau isi ayam 
1 biji telur 
Kicap manis
Serbuk lada hitam 
Garam 
Daun bawang  

Cara-cara:
  • Goreng bawang putih sekejap, jangan goreng sampai hangus lalu ketepikan
  • Goreng udang dan letak tepi 
  • Dadarkan telur dan goreng sekejap sebelum masukkan nasi 
  • Perasakan dengan kicap, serbuk lada hitam dan garam 
  • Akhir sekali taburkan daun bawang, bawang putih dan udang lalu gaul sebati. 

Nasi Goreng Ikan Masin 

Bahan-bahan:

1 mangkuk nasi putih
2 keping ikan tenggiri masin 
4 ulas bawang putih 
2 biji bawang merah 
1-3 biji cili padi
100g sotong
Kailan 

Cara-cara:
  • Gorengkan ikan tengiri masin sekejap dan buang tulang 
  • Tumbukkan ikan masin bersama bawang dan cili padi 
  • Tumiskan bahan tumbuk dan masukkan sotong serta kailan
  • Masukkan nasi dan gaul sebati 

Nasi Goreng Tomyam 

Bahan-bahan:

1 mangkuk nasi putih 
3 ulas bawang putih 
1 biji bawang merah 
3-4 biji cili padi 

1 batang serai yang di ketuk 
1 sudu besar pes tomyam 
100 g ayam
Sedikit fish cake 
Lobak merah 
3 helai daun limau purut 
2 sudu kicap manis 
1 sudu air
1 biji telur   
Sedikit garam 

Cara-cara:
  • Tumbuk kasar bawang puith , bawang merah dan cili padi dan tumis dengan sedikit minyak 
  • Masukkan serai, pes tomyam, ayam, fish cake dan lobak merah yang telah dihiris nipis
  • Masukkan daun limau purut, kicap dan sedikit air 
  • Pecahkan telur dan kacau sekejap sebelum masukkan nasi 
  • Gaul sebati dan rasa jika perlu tambah garam.

Nasi Goreng Pataya

Bahan-bahan:

500gram nasi putih 
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
200g ayam
3 cili padi
1/2 cawan sayur campur
1 paket Seri-Aji Perencah Nasi Goreng Cina 26g
2 biji telur

Cara-cara:
  • Tumis bawang dan cili padi lalu masukkan ayam hingga masak.
  • Masukkan sayur campur dan nasi 
  • Tabur perencah nasi goreng cina dan gaul rata
  • Dadarkan 2 biji telur dan goreng nipis di atas kuali lalu letak nasi dan bungkus 
  • Ambil pinggan dan pindahkan
  • Hidang bersama timun dan sos cili

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. wow..macam macam koleksi nasi ada... saya suka nasi lemak simple simple je. sambal ikan bilis, telur goreng. dahh

    BalasPadam
  2. Kreatif betul Khairul Aming ni kan.

    BalasPadam
  3. tiap tiap hari dia mesti fikir untuk cipta resepi baharu...

    BalasPadam

Close Menu