Explore Zoo Johor

Lawatan ke Zoo Johor pada September 2025 - mungkin dah ada banyak penambahbaikan dari segi fasiliti dan bilangan haiwan tapi Rin kongsikan pengalaman bersama family di sini. 

Zoo Johor 

Alamat: Jalan Gertak Merah, Taman Istana, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim
Waktu operasi: 9.00 pagi - 6.00 petang (Cuti Selasa kecuali cuti umum & cuti sekolah buka)
 

Parking 

Waktu kami sampai, mencari jugalah kawasan untuk parking sebab banyak kereta parking di tepi jalan. Rupa-rupanya boleh parking di kawasan sebelah Kota Jail nanti ada bas shuttle yang ambil hantar ke zoo. Husband jumpa ruang kosong di jalan menghala Masjid Negeri Sultan Abu Bakar dan park situ lalu jalan kaki ke zoo. 

Harga tiket 

Ada staff yang jaga kiosk tiket, serahkan IC dan mereka akan printkan tiket. Rasanya waktu ni kami pakai debit card untuk proses pembayaran. Kami bayar RM20 untuk 2 dewasa dan RM5 untuk Adam, Aleena masuk percuma. 


Peta Zoo Johor


Husband ada refer peta ni jadi bila jalan dalam zoo, dia akan bagitahu dah jumpa certain binatang ke tak. Macam checklist jugalah terutamanya harimau, badak sumbu, gajah. 

Kawasan masuk lepas bayar tiket ada zon interaksi bersama ular dan burung. Hanya kawasan ni boleh pegang haiwan dan ada staff yang jaga. Bila dah masuk kawasan haiwan dalam sangkar/kandang hanya boleh observe sahaja. Tak ada aktiviti beri makanan pada haiwan. 

Rin perasan ada seorang staff yang jadi tour guide sambil beri info guna speaker, mungkin boleh join terus group tu kalau nak dengar sekali. Setiap kandang haiwan ada infografik yang disediakan boleh baca. 



Pelbagai jenis monyet

Kawasan zoo sini tak mesra stroller taw, jadi awal-awal Rin prepare untuk pakai baby carrier bawa Aleena. Nak ke sangkar monyet ni ada naik tangga dan sampai ke satu bangunan yang merangkumi sangkar saiz sederhana untuk setiap spesies monyet. 

Rin takut sikit monyet sebab ada monyet yang garang dan boleh bertindak agresif secara tiba-tiba, tapi monyet dekat sini nampak tenang. 


Ladang lembu dan rusa 

Kawasan yang paling luas di zoo menempatkan haiwan ruminan seperti lembu & rusa. Ada nampak juga burung jenjang singgah dan berterbangan di kawasan sini. 


Kandang harimau & singa 

Kandang harimau dan singa memang luas tapi agak tinggi untuk kids. Jadi most of the time kena angkat Adam untuk dia tengok haiwan dekat kawasan ni. Ada satu ruang bawah yang boleh tengok harimau dari dekat (dipisahkan dengan dinding kaca), situ selesa sikit nak observe haiwan. 




Kemudahan awam

Tandas ok bersih, senang nak akses. Tak silap ada vending machine tapi kami tak guna. Lepas berjalan ke beberapa zon haiwan, rehat sebentar minum bekal air ada banyak kerusi meja berpayung disediakan.

But honestly memang rasa panas, tak pasti sama ada aliran udara yang kurang efisien atau cuaca memang panas hari tu. Rin suggest pakai topi dan bawa kipas sebab kurang kawasan teduh & pokok besar. Rasa Pusat Informasi ada A/C boleh rehat situ kejap. 

Anyway terus perjalanan untuk cari buaya, tapi buaya menyorok susah sikit nak spot. Ada beberapa haiwan yang berehat/tidur, sebahagian tengah makan. 

Ada beberapa bahagian/zon dalam proses renovation lagi, lepas tu ada nampak tebing runtuh dan dalam proses penyelenggaraan. Yang penting kena awasi anak-anak sepanjang berada di zoo. 

Dah puas pusing tengok haiwan, kami beli fridge magnet dan keluar ke bandar Johor Bahru cari lunch pula. Alhamdulillah done support Zoo Johor! 


Post a Comment

0 Comments