Ole-ole Johor di Arena Warna Ayer Hitam

Bila dah berjalan ke tempat orang, balik tempat sendiri mula buka mata apa yang istimewa di tempat kelahiran. Soalan yang Rin utarakan kepada husband, kalau kawan-kawan datang ke Kluang kita nak syorkan apa untuk dibeli? Jadi Rin ajak husband jalan-jalan ke Arena Warna Ayer Hitam. 

Arena Warna Ayer Hitam

Nanas MD2 

Selepas membaca perkongsian Sis Azhafizah berkenaan lawatan beliau ke Arena Warna, Nanas MD2 antara buah yang wajib kita rasa bila sampai ke sini sebab Johor adalah pengeluar terbesar nanas. 

Rin terlepas pandang tentang nanas sebab di Kluang Rin fokus kepada kopitiam dan kopi kampung. Padahal dah beberapa kali beli jus nanas MD2 yang dijual oleh peniaga di tepi jalan. 

Selain itu, boleh cuba buah Duku Johor yang manis. Rin biasa makan dulu sebab di kampung Muar kebun meriah dengan hasil buah-buahan. 

Kerepek dan rempeyek 

Memandangkan pengaruh Jawa agak kuat di Johor, rempeyek antara childhood snacks Rin dan keluarga. Selain kacang tanah, kacang hijau, dal ada juga yang menggunakan kacang kuda dijual di Wak Tunot Enterprise di Kampung Tengah, Kluang. 

Husband Rin syorkan untuk untuk cuba kerepek ubi yang dihasilkan di Layang-layang kerana mereka mempunyai standard yang sangat tinggi. Kerepek ubi yang dihasilkan rangup dan masin berlemak. Kerepek ubi sira pula tak terlalu manis atau berlekit sangat. 

Opak ubi juga menjadi pilihan husband dan Adam selepas "terjumpa" di R&R sewaktu menghala pulang dari Johor Bahru ke Kluang. 

Selain itu, ada pelbagai pilihan pisang salai & pisang sira di sini. Jangan takut sebab tester banyak boleh cuba dulu kena selera atau tidak. Rin beli kerepek tempe, ada 2 jenis kerepek tempe. Rin beli yang dicampur tepung ubi. 

Telur pindang & mi siput 

Telur pindang antara kegemaran husband Rin dan selalu mudah nak dapat di kedai nasi beriani bersama acar buah. Nenek Rin di Muar hasilkan sendiri telur pindang sempena majlis kahwin anak & cucu.

Banyak dedaun herba dan rempah ratus yang digunakan untuk mendapatkan telur pindang yang wangi & sedap. Rebus telur pula kena awal beberapa hari sebelum majlis sebab prosesnya lama.

Mi siput & sambal tumis manis pun Rin tengok dah famous orang jual di Tiktok. Rin makan dari kecil taw. Addictive kalau sekali dah cuba. 

Kraftangan & fridge magnet 

Banyak juga produk kraftangan berasaskan rotan, buluh di sini sesuai untuk yang buat servis dessert table. Fridge magnet juga ada dijual bertemakan harimau. 


Medan Selera

Rin ajak husband makan dulu sebelum balik ke Kluang. Ada medan selera yang menyediakan hidangan ringan dan masakan panas. Kami cuba mi sup dan nasi ayam sebab nak makan dengan Aleena. 




Post a Comment

0 Comments