Donut Stretch & Fold Dya Syazzy

Selain donut kentang, donut tanpa uli resipi Dya Syazzy antara resipi mudah yang Rin pernah cuba. Proses donut ni menggunakan nisbah cecair yang tinggi (high hydration dough) dan teknik stretch & fold sebanyak 3 set. Hasilnya doh elastik tanpa uli dan menjadikan donut gebu lama. 

Resipi Donut Stretch & Fold

Bahan-bahan:

1 + 1/2 cup air suam
4 tbsp besar minyak
1 biji telur 
4 tbsp gula
11gm instant yeast (1 paket)

4 cup tepung high protein/tepung gandum 
1 tbsp baking powder
Sedikit garam

  1. Campurkan semua bahan sehingga menjadi doh, rehatkan selama 30 minit. 
  2. Guna teknik stretch & fold 4 penjuru dan rehatkan 30 minit. 
  3. Ulang stretch & fold dan rehat 30 minit. 
  4. Ulang stretch & fold dan rehat 15 minit. 
  5. Keluarkan doh dan uli sekejap lalu gelek dan cetak. 
  6. Biarkan doh kembang 2x ganda/30 minit dan boleh goreng dengan api sederhana.


Sekarang ni kalau buat donut mesti salut dengan susu tepung dan gula halus. Satu lagi idea topping yang sedap ialah roti golok iaitu gabungan marjerin/butter dan gula halus. 

Video Resipi

@dyasyazzy

Replying to @ilaikizan_naz Tak guna marjerin dan susu pun hasilnya tetap lembut & gebu. Paling penting sekali tak payah susah-susah uli. Jimat tenaga😁 Resepi Donut Gebu Tanpa Uli: 350gm air suam 4 sudu besar minyak 1 biji telur (~ 55-57gm) 4 sudu besar gula 11gm instant yeast (1 paket) 620gm tepung high protein 1 sudu besar baking powder Sedikit garam Kalau nak buat dalam kuantiti kecil, boleh bahagi dua semua sukatan dalam resepi kecuali telur. Untuk sukatan telur sama dgn resepi asal. Guna 1 biji jugak. Resepi ni kuantiti besar sebab Dya nak habiskan sepaket yis terus. Tak suka simpan. Selalu kalau simpan separuh, mesti mati yis tu😅 Selamat mendonut❤️ #resepimudah #donut #foryou

♬ original sound - Dya Syazzy - Dya Syazzy

Post a Comment

2 Comments

  1. Uisshhhhh...boleh try ni. Thank you share resepi 💕🫰🏻

    ReplyDelete
  2. Donat nih favorit saya dan anak2, tapi belum terpikir nak buat sendiri 🤣. Kalau related dengan kue, pastry dan roti, ntah kenapa langsung mundur lah nak buat . 😅. Pernah tak menjadi. Padahal bisnis papa saya bakery shops di Medan. Tapi anaknya tak ada yang bisa buat roti 😄

    ReplyDelete