Hi guys. Bila bercakap pasal lipstick mesti terfikir shade pink atau merah kan. Tapi kadang tak nampak cantik sebab kulit orang jawa kan. Either too light or too dark. Sebab tu ada orang settle down dengan lipbalm sahaja.
Luckily, I found NUDE lipsticks! Nude ni range warna light to dark brownish, senang masuk dengan tona kulit orang Melayu lah senang cerita. Nampak natural and effortless, haa gitu. Kena cari yang sesuai juga sebab ada orang pakai nude nampak pucat. Kenal pasti undertone kita, at least ada guide untuk pilih warna foundation atau lipstick.
Ada juga teknik pakai nude kena buat lip line dan shadow (pakai 2 shades/ombre). I'm not that expert, but Wardah lip mouse is one of my favourites. Wardah banyak keluarkan skincare dan makeup. Makeup ada Lightening Makeup, Exclusive dan Instaperfect Series. Lip mouse ni termasuk dalam Colorfit Series. Kenapa aku kata Wardah ni best? Sebab mereka mengeluarkan shade yang kena dengan kulit orang Asia seperti warna sawo matang/tan.
Dari kiri: Dainty Caramel, Sweet Cinnamon, Chic Terracotta |
- Wardah lip mousse ni terang-terang bagitahu ciri-ciri pada nama dia yang panjang tu. Velvety dan matte finish. Matte ni lawan dia glossy. Walaupun matte, dia tak mengeringkan sebab ada Vitamin E.
- Bila aku pakai, senang sangat nak sapu dekat bibir, tak melekit dan high coverage.
- Satu lagi Wardah claim lip mousse ni tahan lama dan tak melekat dekat mask. Bagi aku ada sikit stain sahaja yang transfer ke mask. Tahan lama tapi bila makan atau minum pudar tengah, tepi masih ada.
Dari kiri: Fuchsia Lover, Artisan Mauve |
![]() |
Nude shades yang cantik! |
Wardah diasaskan oleh Puan Nurhayati Subakat dari Indonesia sejak tahun 1995. Mula masuk ke Malaysia terutamanya Watsons dan Guardian pada tahun 2017. Skincare dan makeup Wardah ni Halal dan cruelty-free. Sejak tahun lepas memang meletup skincare Wardah terutamanya pencuci, toner, pelembap, serum dan sunscreen sebab berkesan dan murah.
Mungkin selepas ini aku akan cuba lipstick Wardah daripada range yang lain pula dan explore warna-warna baru. Cuba share lipmatte favourite korang, drop dekat komen ok!
0 Comments