Hye guys. Bila ada anak kecil ni, kita akan usahakan untuk buat aktiviti yang membantu perkembangan fizikal dan minda anak terutamanya amalan membaca buku. Jadi cuti CNY yang lalu aku bawa Adam ke Dino Book Cafe!
Boleh makan sambil baca buku, ada banyak pilihan bahan bacaan terutamanya buku dinosaur, koleksi komik, novel dan majalah. Tambahan lagi, owner cafe ni merupakan senior aku di Sekolah Tinggi Kluang dahulu. Baru aku tahu ramai alumni STK yang mengusahakan perniagaan F&B di sekitar Kluang.
Dino Book Cafe 📍203-1, Jalan Seri Impian 8/1D, Bandar Seri Impian, Kluang
Cafe berada di tingkat 1, bersebelahan Kluang Railway Coffee dan berhadapan dengan Lake Park.
Sudut utama yang menjadi tarikan kanak-kanak!
Ruang yang luas sesuai untuk aktiviti sambutan birthday atau jamuan.
Review Menu Menarik di Cafe
Korean spicy BBQ chicken popcorn box set (french fries + drink) RM14.90 - Ayam crunchy dan pedas-pedas manis. Portion sangat mengenyangkan Rate 8/10!
Spaghetti Carbonara Korean spicy popcorn box set (+drink) RM17.10 - Lepas makan chicken popcorn nasib baik ada creamy spaghetti legakan pedas sikit hehe. Rate 9/10!
Orange twister datang bersama box set.
Waffle boleh pilih single atau double filling. Yang ni aku pilih peanut butter. Waffle crispy di luar, lembut di dalam!
Chocotella cake - kek coklat dan frosting tak terlalu manis, just nice. Banyak pilihan kek yang lain seperti cheese cake dan red velvet. Boleh juga preorder kek untuk birthday atau sambutan Valentine's Day.
0 Comments