Dapur Wan Dolah Selera Pantai Timur

Bila datang mood adventurous, aku akan ajak keluarga makan kedai baru. Biasalah akan jadi "hit or miss". Jadi aku pergi cuba makan di Dapur Wan Dolah yang menyajikan hidangan Pantai Timur. 

Dapur Wan Dolah 

No. 4, Jalan Idaman 4, Taman Idaman, Kluang
Waktu Operasi: 10.30 pagi hingga 10.30 malam, Cuti Jumaat
Facebook: Dapur Wan Dolah

Review Menu Dapur Wan Dolah

Teh Beng Madu adalah salah satu reason untuk aku datang sini. Memandangkan husband suka minum teh ais, aku nak dia rasa. Dia approved teh beng madu ni! Kena selera dia, tak terlalu manis dan memang kaw. Bandung Soda pun sedap. Untuk pembuka selera aku order Pulut Mangga dan Kerpok Lekor. Pulut Mangga sedap berlemak berganding dengan mangga manis. Kerpok Lekor lembut walaupun dah sejuk. 

dapur wan dolah


Review Hidangan Utama Dapur Wan Dolah 

Nasi Kerabu Ayam Cincang bagi aku sederhana sahaja. Agak kecewa sebab ini adalah kedai original orang Terengganu/Kelantan tapi tak rasa istimewanya nasi kerabu ni. Ayam cincang salutan kunyit agak sedikit masin. Tak silap aku nasi kerabu ada sambal tumis merah, tapi ni dia bagi sambal hijau pedas. Sambal budu aku tak pasti dia letak ke tak. Serunding/sambal ikan tak cukup padu. Tengoklah sayur apa yang dia bagi. Solok lada pun tak ada. Sedih. 

Nasi Ike Singge ni memang rare tapi tak kena selera pak mentua sebab ala-ala masin dan masam sahaja singgangnya. Berbeza dengan singgang Johor yang lebih kuning serta kuat rasa serai dan halia. Ikan goreng pula agak keras. Budu pak mentua tak reti makan haha. Nasi Ayam Cincang ni ala-ala nasi Kak Wok boleh aku katakan. Dihidang bersama gulai dan sambal belacan yang memang pedas. Telur dadar add on. Bagi aku sedap tapi spoil sikit ayam sedikit masin.

nasi kerabu dapur wan dolah



dapur wan dolah

Overall experience ok, dekorasi yang moden serta ruang makan selesa dan luas. Tapi nak repeat tu kena fikir 2-3 kali hehe. Aku lebih pentingkan kualiti dan keaslian sesuatu makanan tu, harga jatuh tempat kedua. Jaranglah aku nak complaint harga kalau sedap. Memandangkan harga ayam dan minyak naik mendadak, aku faham keadaan peniaga sekarang. Nak naikkan harga tak apa, tapi jangan kurangkan kuantiti atau kualiti ye.  



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. aduyai terpikat sungguh mama tgk air dia. dah le teh masu mmg fav mama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa order secawan tak cukup tapi time tu dia kata ni last haha

      Padam

Close Menu