Kafe Kiri Kanan kini di Kluang!

Kafe Kiri Kanan sounds familiar, rupanya Rin pernah nampak masa pergi Batu Pahat Mall. Kini mereka melebarkan sayap ke Kluang dan bersaing dengan kopitiam di sini. Istimewanya mereka bawa masakan Nyonya serta gabungan masakan Melayu, Cina & Western. 

Kafe Kiri Kanan

Alamat: 18, Jalan Utama 2, Bandar Primer, 86000 Kluang, Johor Darul Ta'zim
Waktu operasi: 10.00 pagi - 10.00 malan 

Hidangan pertama yang Rin cuba ialah Hainanese Nasi Ayam Kampung RM15.60. Husband pula pesan Mee Nyonya Ayam Kampung RM11.60, Teh C Ais RM6.80. Starter kami pesan roti bakar RM3.80 dan salted egg kentang goreng RM13.60. 

Menu & Harga

Nasi ayam wangi, lembut dan cukup rasa kena pula dengan ayam yang juicy tanpa tulang senang makan dan suap Aleena sekali. Sambal merah ada perahan limau kasturi, sedikit pedas untuk potong muak. Sambal halia pun sedap. 

Cuma untuk hidangan Mee Nyonya sepatutnya ada potongan sayur salad tapi mereka inform habis. Husband kata ok, tapi lain kali mungkin akan tukar terus menu baru sebab tak best pula bila tak lengkap.

Mee Nyonya guna mee kerinting taw bukan wantan. Rasanya seakan mee goreng/berempah dan dihidang bersama sambal tumis. 


Roti bakar hidangan wajib kalau pergi mana-mana kopitiam. Dekat sini biasa sahaja, kalau Kluang Rail Coffee lagi garing style mereka. Beza mungkin pada rasa kaya dan porsi butter. Salted egg kentang goreng ok crunchy, teringat beli Happy Potato macam tulah rasanya.


Post a Comment

0 Comments