Dorayaki Matcha Sunshine Bakeries

Sunshine Bakeries mula popular kerana menggunakan teknik dan bahan-bahan mentah dari Jepun dalam pembuatan roti mereka. Roti Hokkaido Milk antara yang Rin pernah makan, memang lembut dan berlemak susu. 

Kali ni mereka keluarkan Dorayaki yang sinonim sebagai snek kegemaran Doraemon. Dorayaki boleh didapati dalam 5 perisa iaitu musang king, red bean, cheese, taro dan matcha. Semua berharga RM2.80 kecuali musang king dijual pada harga RM4.50. 
 


Pancake lembut, gebu dan dilapisi krim matcha yang tak terlalu manis dan masih ada kelat matcha dihujung rasa. Sesuai untuk minum petang disulami teh atau kopi panas. 


Sebelum ni pernah nampak dorayaki di Family Mart tapi Rin tak beli sebab berintikan coklat, Rin nak cari yang OG iaitu kacang merah. Jadi bolehlah Rin hunting dorayaki Sunshine Bakeries sebab selalu sold out juga di 7-Eleven. 

Post a Comment

4 Comments

  1. honestly, saya tak pernah lagi rasa dorayaki, walaupon selalu tgk kartun doraemon.... hehehe

    ReplyDelete
  2. Aiiiiiih teringat masa anak saya masih kecil, dia sukaaa sangat Doraemon , dan jadinya kepengin coba dorayaki juga. Dulu di jakarta blm ada yg jual, jadi pas libur, saya ajak ke Jepang liburan, lalu ke museum Doraemon lah 😅. Ada jual dorayaki di sana, langsung beli. Memang sedaaaap. Anak saya happy .

    Kalau skr dah banyak yg jual dorayaki dengan berbagai rasa kan. 😍.ok, nanti di JB atau di KL saya akan cari dorayaki ini

    ReplyDelete
  3. Tidak pernah jumpa jenama Sunshine ini. Kata ada di 7E ya nanti boleh tengok.

    ReplyDelete
  4. peminat matcha suka laa ada dorayakinni

    ReplyDelete