Resipi Roti Canai Anis Nabilah

Misi menghabiskan marjerin diteruskan selepas kejadian kek marjerin, Rin buat roti canai pula! Resipi roti canai ni Rin ambil dari Tiktok Cef Anis Nabilah juga. 

Resipi roti canai

Bahan-bahan: 
3 cawan tepung gandum 
1 biji kuning telur
2 sb susu pekat manis
1 sb garam 
1 cawan air sejuk

Untuk perap: 
1 cawan minyak masak 
1 cawan marjerin 
  1. Campur tepung dan semua bahan. Uli hingga doh lembut dan bila ditekan bounce balik.
  2. Bulatkan doh kepada bebola sederhana dan oles marjerin pada doh. 
  3. Perap dalam minyak 4-5 jam atau semalaman.

Rin canai pakai dulang tarik hingga nipis dan gulungkan panjang lalu bulatkan. Rehatkan dalam 10 minit. Rin ada cuba juga bentuk petak tapi tak jadi flaky la nanti rotinya. 

Leperkan doh dan goreng api kecil je. Lepas dah masak, boleh kepuk-kepukkan roti untuk lebih flaky. 




Rin baru perasan resipi Cef Anis, tak ada marjerin dalam adunan tepung, kalau tengok resipi lain letak minyak/marjerin. Ada peniaga roti canai yang letak minyak sayuran & ghee juga. 

Hasil resipi Cef Anis lembut waktu panas hingga dah sejuk. Tak keras atau liat. Makan macam tu je dah sedap. 

Cuma Rin belum berpuas hati lagi dengan hasil kali ni. Mungkin kena revise balik masa uli dan teknik tebar. Yang penting husband & anak-anak approve haha. 

Video resipi asal


@aniscooks

“Roti Canai” Roti Canai, one of my favourite streetfoods here in Malaysia, perfect with curries and dhal! This is a fun and easy recipe to try at home, I love making these especially when I cook curries! Below are the recipes in English and Malay, methods are in the comments section ❤️❤️❤️ Remember to tag me when you've tried this! Roti Canai Ingredients: 3 cups all-purpose flour or more 1 egg yolk 2 tablespoons sweetened condensed milk 1 tablespoon salt 1 cup cold water 1 cups margarine 1 cup cooking oil Roti Canai Bahan-bahan: 3 cawan tepung gandum 1 biji kuning telur 2 sudu besar susu pekat manis 1 sudu besar garam 1 cawan air sejuk 1 cawan marjerin adela 1 cawan minyak masak #jemputmakan #sedap #roti #roticanai #pratha #recipes #bread #anisnabilah #aniscooks #tiktokmalaysia #fypmalaysia #viral

♬ Funk It Up - John Etkin-Bell

Post a Comment

12 Comments

  1. Wahh hebatnya Rin meroti canai pulak. Buat terus jadi je. kalau dah approved tu tandanya sedap. Senang pasni nak makan roti canai buat sendiri je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Urm nak repeat tu tak tahu lagi haha. Tengok keadaan & kerajinan kalau tak mamak je

      Delete
  2. Terbaiklah Rin 👍🏻
    Arwah mak Akk dulu rajinlah buat roti canai. Seronok bab tarik² roti tu. Tebar atas dulang je time tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul ada dulang senang nak tarik sampai nipis, tu lagi sedap nanti.

      Delete
  3. Hebat Rin buat roti canai sendiri. Pandai tebar tuh yang wow sangat👏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tarik tarik macam orang dulu dulu buat kat dulang bulat tu hehe

      Delete
  4. wah...tak sangka berjaya buat roti canai sendiri..

    ReplyDelete
  5. Hebaaaaat lah , Rin memang suka masak yaaaa. Bukan mudah membuat canai ini. Apalagi saat ditebar 😅. Saya sukaaaa canai. Selalu cari tiap ke KL atau Penang. Sampai ada langganan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan no. 1 Malaysia kan confirm ramai suka hehe. Saya saja suka-suka cuba resipi bila ada waktu lapang dan bahan yg cukup. Kalau tak makan di mamak juga

      Delete